Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Amerika Perkenal Kenderaan Kombat Terbarunya, “M10 Booker”

Secara keseluruhannya, tentera darat Amerika Syarikat merancang untuk memiliki sehingga 500 buah kenderaan kombat "M10 Booker" (yang setiap satunya bernilai RM51.6 juta) untuk unit-unit tentera daratnya, dengan perolehan dibuat sehinggalah pada tahun 2035.

0 3,360

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, tentera darat Amerika Syarikat telah memperkenalkan kenderaan kombatnya yang terbaru dinamakan “Mobile Protected Firepower” atau “M10 Booker” bersempena dengan nama dua orang anggota tenteranya yang terkorban pada Perang Dunia Kedua dan juga Perang Iraq.

Kenderaan kombat itu diberikan nama M10 Booker bersempena dengan nama Private Robert Booker yang terkorban pada Perang Dunia Kedua 1943 dan Staff Sgt Stevon Booker yang terkorban ketika Perang Iraq pada 2003.

Pada tahun lepas, tentera darat Amerika Syarikat telah memilih rekabentuk prototaip oleh General Dynamics Land Systems (GDLS).M10 Booker

Walaupun banyak pihak mengkategorikan kenderaan itu sebagai kereta kebal ringan tetapi tidak bagi tentera darat Amerika Syarikat.

Kenderaan kombat M10 Booker itu bertujuan untuk mengisi ruang kemampuan tembakan (firepower) di antara kereta IFV Bradley dan kereta kebal utama Abrams.

Kenderaan kombat M10 Booker yang memenangi pertandingan tentera darat Amerika Syarikat itu mempunyai empat orang krew terdiri daripada komander,gunner,loader dan pemandu.

Ia dilengkapi dengan meriam XM35 105mm, mesingan dan enjin diesel.

“M10 Booker adalah kenderaan armor bertujuan untuk menyokong briged infantri tentera darat Amerika Syarikat untuk menekan dan memusnah kubu musuh serta memberikan perlindungan daripada kenderaan armor musuh,” menurut tentera darat Amerika Syarikat.

M10 Booker

M10 Booker

Tentera Darat Amerika Syarikat bercadang untuk membeli 96 buah M10 Booker dan ia menjangkakan akan menerima kenderaan yang pertama pada November tahun ini.

Ia menjangkakan untuk mewujudkan battalion pertama dengan 42 buah kenderaan kombat M10 Booker untuk ujian pada akhir 2024 atau awal 2025.

Disebabkan saiznya yang kecil, sebanyak dua buah kenderaan kombat M10 Booker boleh dimuatkan ke dalam pesawat pengangkut C-17 Globemaster III untuk dikerahkan ke mana-mana lokasi di seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, tentera darat Amerika Syarikat merancang untuk memiliki sehingga 500 buah M10 Booker untuk unit-unitnya, dengan perolehan dibuat sehinggalah pada tahun 2035.

Jika produksi M10 Booker itu berjalan lancar sebagaimana yang dirancang, syarikat General Dynamics dijangka membina tiga buah kenderaan itu setiap bulan, dengan setiap kenderaan dianggarkan bernilai US$12.9 juta (RM51.6 juta), menurut tentera darat Amerika Syarikat. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...