Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boeing Tamatkan Produksi Super Hornet Pada 2027 Akibat Ketiadaan Pesanan Dari Pelanggan

Pesanan terakhir bagi pesawat pejuang pelbagai gunaF/A-18 Super Hornet itu adalah daripada Tentera Laut Amerika Syarikat yang pada Mac lalu yang memesan 17 buah pesawat pejuang itu yang dianggarkan bernilai US$1.3 billion (RM5.85 billion).

4,384

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan ketiadaan pesanan daripada pelanggan dalam dan luar negara, syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, Boeing memutuskan untuk menamatkan pengeluaran pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet pada tahun 2027.

Pesanan terakhir bagi pesawat pejuang pelbagai gunaF/A-18 Super Hornet itu adalah daripada Tentera Laut Amerika Syarikat yang pada Mac lalu yang memesan 17 buah pesawat pejuang itu yang dianggarkan bernilai US$1.3 billion (RM5.85 billion).

Pembuatan 17 buah pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet untuk Tentera Laut Amerika Syarikat itu adalah yang terakhir daripada Boeing.

Tanpa pesanan dan pembuatan 17 buah F/A-18 Super Hornet untuk Tentera Laut Amerika Syarikat, akan membuatkan syarikat Boeing menamatkan produksi pesawat pejuang itu lebih awal iaitu pada tahun 2025.

Selepas penamatan kerja-kerja pembinaan pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet, kilang Boeing di St Lousi itu akan meningkatkan produksi untuk membina pesawat T-7A Red Hawk, F-15EX, komponen sayap bagi pesawat 777X dan dron MQ-25 Stingray.

Super Hornet
Super Hornet

 

Boeing juga akan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha untuk membangunkan program masa depan.

Syarikat juga sedang membina tiga kemudahan baru untuk platform-platform mempunyai juruterbang (manned) dan tidak memiliki juruterbang (unmanned).

Kemudahan-kemudahan baru itu, bersama-sama dengan kemudahan dron MQ-25 di St. Louis, Pusat Fabrikasi Komposit di Arizona dan kemudahan rekabentuk merupakan pelaburan US$1 bilion (RM4 bilion) masa depan oleh Boeing untuk menjamin masa depan syarikat dalam bidang ketenteraan.

Walaupun produksi pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet itu akan dihentikan pada 2027,namun pesawat itu akan terus digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun-tahun yang akan mendatang.

Pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet akan terus menjadi pesawat pejuang utama untuk Tentera Laut Amerika Syarikat kerana Jabatan Pertahanan negara itu hanya dijangka menamatkan perkhidmatan pesawat F/A-18 Super Hornet pada tahun 2040.

Sementara menunggu tahun 2040, pesawat-pesawat F/A-18 Super Hornet itu akan terus menabur bakti.

Ronald Regan
Pesawat-pesawat F/A-18 Super Hornet di atas dek penerbangan kapal USS Ronald Reagan.

 

Malah pesawat-pesawat pejuangF/A-18 Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat akan terus dinaiktaraf dan dimodennkan kepada varian Block III, dengan kerja-kerja menaiktaraf itu dijangka akan selesai pada tahun 2030.

Dalam jangka panjang, kedudukan pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet itu akan diggantikan oleh pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin dan generasi pesawat pejuang yang lain.

Apabila pesawat-pesawat pejuang seperti F-35 mengambil kedudukan yang selama ini dihuni oleh F/A-18 Super Hornet, maka ia akan menandakan berakhirnya sejarah panjang pesawat pejuang filem “Top Gun” dalam tentera negara itu.

Pesawat pejuang F/A-18 Hornet memulakan penerbangan pertamanya pada tahun 1978 manakala pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet pula memulakan penerbangan sulungnya pada 1995.

Sepanjang tempoh 30 tahun produksi pesawat pejuang Super Hornet dibuka, syarikat Boeing telah membina sebanyak 698 buah pesawat Super Hornet untuk tentera laut negara dan tentera-tentera negara lain di dunia. 

Super Hornet
Pesawat F/A-18E/F “Super Hornet”

 

F/A-18 Super Hornet adalah pesawat pejuang pelbagai guna berkelajuan supersonic yang dilengkapi dua enjin.

Dilengkapi dengan sistem avionik yang canggih, pesawat pejuang Super Hornet itu dilengkapi dengan radar AESA APG-79 untuk kemampuan pengesanan dan penjejakan yang lebih baik berbanding dengan radar sebelum ini.

Ia juga dilengkapi dengan pod sasaran AN/ASQ-228 ATFLIR memberikan ia kemampuan siang dan malam serta imej infrared, AN/ALR-67[V]3 radar warning receiver dan lain-lain lagi. — DSA

Iklan

 

Comments are closed.