Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

10 Fakta Menarik Pesawat Peninjau Strategik Amerika, SR-71 “Blackbird”

Dengan kelajuan maksimum Mach 3++, pesawat dua enjin dan dua tempat duduk ini dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), dengan kesemuanya sebanyak 32 buah pesawat rahsia Blackbird itu telah dibina. 

1,966

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat Lockheed SR-71 yang lebih dikenali dengan nama “Blackbird” merupakan pesawat peninjau strategik dan jarak jauh yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, Lockheed Corporation.

Dengan kelajuan maksimum Mach 3++, pesawat dua enjin dan dua tempat duduk ini dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), dengan kesemuanya sebanyak 32 buah pesawat rahsia Blackbird itu telah dibina. 

Kebanyakkan daripada airframe pesawat ini diperbuat daripada logam Titanium.

Blackbird

Pesawat Blackbird pertama telah terbang pada 22 Disember 1964 dan pesawat pertama telah dioperasikan oleh unit peninjau strategik Tentera Udara Amerika Syarikat berpengkalan di California pada Januari 1966.

Sepanjang perkhidmatannya selama 24 tahun dengan Tentera Udara Amerika Syarikat, pesawat SR-71 Blackbird yang boleh terbang selaju Mach 3++ kekal sebagai pesawat paling laju dan berkemampuan terbang paling tinggi pada 80,000 kaki altitude.

Tentera Udara Amerika Syarikat menamatkan khidmat pesawat Blackbird ini 26 Januari 1990 berikutan peruntukan pertahan yang semakin menurun serta kos operasinya yang tinggi.

Sepanjang perkhidmatan aktifnya dengan tentera Amerika Syarikat, pesawat Blackbird itu tidak pernah ditembak jatuh oleh musuh.

Blackbird

Dalam penerbangan terakhirnya pada 6 Mac 1990, pesawat Blackbird yang dipandu oleh Lt Kol Ed Yeilding dan Lt Kol Joseph Vida mencipta rekod penerbangan dengan menerbangkan pesawat daripada Los Angeles ke Washington dalam masa 1 jam 4 minit dan 20 saat.

Secara puratanya, pesawat itu terbang pada kelajuan 3, 418 kilometer satu jam.

Apabila ia tiba di Washington-Dulles International Airport, pesawat Blackbird itu telah diserahkan kepada Muzium Smithsonian, sekaligus menamatkan tugas aktifnya dengan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Beberapa perkara menarik tentera pesawat SR-71 (Strategic Reconnaisance) atau “Blackbird” ini:

 

1.Gelas kokpit pesawat diperbuat daripada kuartz tulen berketebalan 1.25 inci.

Blackbird

2.Disebabkan ketebalan gelas kokpit pesawat itu, walaupun pesawat terbang pada kelajuan Mach 3++, keadaan di dalam kokpit masih senyap.

3.Juruterbang penerbangan pada masa kini melakukan kajian terhadap pesawat Blackbird ini menggunakan teknologi terkini untuk mengetahui sama ada rekabentuk pesawat boleh dipertingkatkan, namun, akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa pesawat “Blackbird” tidak boleh dipertingkatkan lagi daripada segi rekabentuknya kerana ia sudah sempurna.

4.Tiada pesawat Blackbird ditembak jatuh oleh musuh sepanjang 24 tahun perkhidmatannya dengan Tentera Amerika Syarikat. Bagaimanapun  12 daripada 32 pesawat itu dilaporkan terhempas akibat masalah teknikal.

5.Pesawat Blackbird menggunakan “minyak” khas untuk menerbangkannya, malah ia tidak sepatutnya dipanggil minyak malah lebih tepat dipanggil campuran bahan kimia dipanggil MIL-T 3829 atau Jet-Propellant 7 (JP7).

Blackbird

6.Pesawat boleh terbang sejauh 2,000 batu nautika, tetapi ia memerlukan pesawat in-flight refuelling yang khas dipanggil KC-135Q untuk mengisi “minyak” khas itu semasa penerbangan. Hanya KC-135Q yang telah diubahsuai sahaja dibenarkan membawa “minyak” pesawat Blackbird itu.

7.Setiap pesawat Blackbird memiliki enam tangki “minyak.”

8.Berlainan dengan pesawat pejuang yang hanya memerlukan waktu yang singkat untuk terbang, untuk menerbangan pesawat Blackbird, ia memerlukan krew mengadakan persiapan yang teliti selama berjam-jam lamanya sebelum pesawat rahsia itu boleh bergerak ke landasan dan melakukan penerbangan,

Blackbird

9.Sehingga kini pesawat Blackbird masih lagi diiktiraf sebagai pesawat paling laju di dunia, membolehkannya meluncur laju sehingga ke pinggiran angkasa lepas.

10.Walaupun pesawat Blackbird ini diiktiraf sebagai pesawat paling laju dan boleh terbang paling tinggi sehingga ke pinggir angkasa lepas, tetapi ia tidak mungkin dapat dicapai tanpa juruterbangnya yang daring, “minyak” yang istimewa serta krew yang mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya sebelum melakukan sesuatu penerbangan. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.