Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bekas Pengarah Perisikan Pertahanan Dedah “Pertemuan” Pemimpin Politik Tempatan Dan Rakan Asing Mereka

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail yang membuat pendedahan itu berkata, ahli-ahli politik tempatan itu juga menerima "bantuan dan sokongan moral" daripada pihak-pihak asing itu.

10,808

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak perisikan Angkatan Tentera Malaysian mempunyai maklumat dan bukti-bukti yang kukuk tentang tindakan sesetengah ahli politik negara ini yang sering mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berpengaruh di luar negara terutamanya Amerika Syarikat.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail yang membuat pendedahan itu berkata, ahli-ahli politik tempatan itu juga menerima “bantuan dan sokongan moral” daripada pihak-pihak asing itu.

Bercakap dalam satu temuramah khas dengan akhbar tempatan, Mingguan Malaysia, beliau bagimanapun enggan mendedahkan identiti ahli-ahli politik tempatan itu yang terlibat dengan “kegiatan” itu.

“Saya mahu sebut pun susah (tertawa). Cukuplah setakat itu, tak perlu sebut. Cuma memang jelas, sewaktu dia berada di beberapa negara, kita juga buat pemantauan. Siapa yang dia jumpa dan sebagainya. Tapi kita tak tahu apa yang dibincangkan.”

“Tapi memang ada perjumpaan dengan beberapa orang yang mendapat sokongan secara moralnya dari luar negara,” kata beliau dalam temuramah itu.

Perisiakan
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail.

 

Mohd Salleh berkata, perisikan tentera mempunyai maklumat dan bukti yang kukuh tentang pertemuan itu daripada tarikh pertemuan, lokasi serta identity pemimpin politik terbabit yang mengadakan pertemuan dengan pihak asing itu.

“Sewaktu dia berada di beberapa negara, kita buat pemantauan. Siapa yang dia jumpa dan sebagainya. Tapi kita tak tahu apa yang dibincangkan. Tapi memang ada perjumpaan dengan beberapa orang yang mendapat sokongan secara moralnya dari luar negara,” katanya.

Menurutnya yang berkhidmat di dalam angkatan tentera sejak 1970 hingga 2018, pembabitan pihak-pihak luar itu terutamanya di dalam pilihan raya di Malaysia lebih kepada untuk memberi bantuan kepada pihak dalam negara.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mempunyai bukti bahawa bantuan itu diserah secara terus (kepada pihak dalam negara), tetapi maklumat yang diperolehi oleh perisikan tentera menunjukkan bahawa beberapa organisasi di Amerika Syarikat ada memainkan peranan.

“…Kita hanya dapat maklumat bahawa sesetengah pemimpin dalam negara ini, sangat diminati untuk meneruskan kedudukan dan kekuatan mereka dalam politik. Mereka juga diberi sokongan secara moral.”

“Itu memang jelas, melalui tindakan-tindakan (beberapa pemimpin politik) yang sering berjumpa dengan pihak yang berpengaruh di luar negara. Maklumat-maklumat itu kita dapat (mengenai pertemuan itu),” kata bekas Pengarah Perisikan Pertahanan itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.