Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Pesawat Naib Presiden AS Mendarat Di Lapangan Tentera S’pura?

Dalam kunjungannya ke Singapura pada 22 Ogos lepas itu, pesawat “Air Force Two” membawa Harris itu mendarat di lapangan terbang tentera di Paya Lebar dan bukan di Lapangan Terbang Changi.

0 1,974

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bekas Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Datuk Mohd Salleh Ismail mempersoalkan tindakan pesawat rasmi Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memilih untuk mendarat di pangkalan tentera Singapura dan bukan lapangan terbang komersial.

Dalam kunjungannya ke Singapura pada 22 Ogos lepas itu, pesawat “Air Force Two” membawa Harris itu mendarat di lapangan terbang tentera di Paya Lebar dan bukan di Lapangan Terbang Changi.

Beliau menyifatkan tindakan mendaratkan pesawat rasmi membawa pemimpin nombor dua Amerika Syarikat itu di lapangan terbang tentera “tidak normal, bukan biasa” dan bertujuan untuk memberikan suatu signal kepada Malaysia.

“Mendarat di lapangan terbang tentera itu lebih kepada isu keselamatan dan juga menunjukkan kepada Malaysia bahawa ketenteraan Singapura masih disokong kuat oleh Amerika Syarikat. Itu yang mereka mahu tunjuk.”

“Saya rasa a diolah oleh Singapura sendiri.Mahu tunjuk kepada Malaysia, jangan main-main, kamu ini hanya pemain yang kecil. Jadi ini satu amaran kepada kita.”

Paya Lebar

“Saya percaya ini semua adalah permainan mereka,” katanya dalam satu temuramah khas dengan akhbar tempatan, Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Bagaimanapun Mohd Salleh juga berkata, keputusan untuk menggunakan lapangan terbang tentera itu mungkin didorong oleh faktor keselamatan.

“Mungkin ada yang maklumkan Singapura bahawa lebih selamat (Kamala) mendarat di sana (Paya Lebar) daripada di Changi. Kedua daripada aspek masa (timing) itu saya rasa kebetulan saja. Sebab saya rasa perlantikan Perdana Menteri sekarang ini memang sudah boleh dibaca.”

Perisiakan
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail.

 

“Sebab tiada yang lebih sesuai untuk ambil alih. Mereka (Amerika Syarikat) pun boleh baca politik kita, mereka faham bahawa Ismail ini mengisi ruang,sebab apa?Sebab dia jadi Timbalan Perdana Menteri, ada pengalaman dalam krisis COVID dan beliau masih lagi ahli UMNO, contohnya,” kata beliau dalam temuramah khas itu.

Lapangan Terbang Tentera di Paya Lebar itu telah dibina pada 1954 semasa Singapura masih lagi di bawah pemerintahan British.

Sebenarnya, Amerika Syarikat sememangnya kerap menggunakan Paya Lebar untuk mendaratkan pesawat-pesawat rasminya serta pesawat-pesawat tentera dan pendaratan pesawat Air Force Two dinaiki Harris itu bukanlah kali pertama ia dilakukan.

Air Force One membawa bekas Presiden George W.Bush pernah mendarat sebanyak dua kali di Payar Lebar iaitu pada 2003 dan 2006, malah pesawat rasmi membawa Donald Trump juga pernah mendarat di landasan tentera itu pada 2018.

Air Force Two membawa Dick Cheney juga pernah mendarat di Paya Lebar sebelum ini.

Mungkin benar, pertimbangan keselamatan adalah alasan yang lebih lojik mengapa pesawat Air Force Two membawa Kamala Harris itu mendarat di Paya Lebar dan bukan di Changi.

Mengenai isu di Laut China Selatan pula, Mohd Salleh berkata, China mempunyai rancangan yang lebih besar dan ia mahukan satu kawasan yang strategik.

“ Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang (China). Jadi masing-masing termasuk Malaysia mempunyai kepentingan di situ dan selagi semua berpakat melalui Kod Etika ini,saya rasa kita akan baik-baik sahaja,” katanya.

Kamala Haris

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...