Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Terima Sistem UAS-MALE Pertama Pada Awal 2025

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan tempatan, Panglima Angkatan Tentera mengatakan bahawa ATM akan menerima sistem UAS-MALE pertama pada awal 2025, pesawat MPA pertama pada 2026 manakala bagi pesawat LCA pertama pula pada akhir 2025.

4,809

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima sistem pesawat tanpa pemandunya-medium altitude long endurance (UAS-MALE) yang pertama pada awal tahun 2025, menurut Panglima Angkatan Tentera.

Bercakap dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan, Asian Defence Journal (ADJ) keluaran Sept-Okt, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, manakala pesawat peronda maritim (Maritime Patrol Aircraft -MPA) pertama negara pula akan diterima pada 2026.

Pesawat MPA milik negara yang kedua pula dijangka akan diterima pada tahun 2027.

Pada 9 Oktober lepas, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam ciapannya dilaporkan berkata bahawa ATM telah memilih ATR 72MP sebagai pesawat MPA yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo sebagai pilihannya.

Manakala bagi sistem UAS-MALE yang akan dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, beliau dalam ciapannya mengatakan “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) menjadi pilihan negara.

MPA
ATR72 MP

 

“Aset baharu @tudm_rasmi. Untuk perolehan dua (2) buah MPA, Kerajaan telah bersetuju dengan tawaran oleh syarikat Leonardo. Manakala bagi perolehan tiga (3) unit MALE-UAS, Kerajaan telah memutuskan untuk berkontrak dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI).”

“Bagi perolehan MPA & MALE-UAS untuk @tudm_rasmi, @MOFmalaysia telah muktamad kedua-dua tender terbuka antarabangsa,” kata Hishammuddin di dalam ciapannya itu.

Menurut Menteri Pertahanan itu lagi, Kementerian Pertahanan sedang di dalam proses akhir untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima setelah semua terma, klausa serta spesifikasi dipersetujui oleh kerajaan dan syarikat.

Sebagaimana yang diumumkan oleh beliau dalam ciapannya itu, Malaysia akan memperolehi dua buah pesawat peronda maritim manakala bagi sistem UAS-Medium Altitude Long Endurance (MALE), negara akan memperolehi tiga buah sistem itu.

Ini adalah perolehan di bawah fasa pertama dengan perolehan selanjutnya akan dilakukan pada fasa-fasa berikutnya.

FA-50
FA-50

 

Mengenai perolehan pesawat pejuang ringan (LCA) pula, PAT berkata, pesawat LCA  pertama dijangka diterima oleh TUDM pada akhir tahun 2025 dan beroperasi pada awal tahun 2026.

Negara dijangka memperolehi sebanyak 18 buah pesawat LCA yang baru di bawah fasa pertama menelan belanja sehingga RM4 bilion.

Dibawah fasa kedua pula, sebanyak 18 buah lagi pesawat LCA akan diperolehi bagi menjadikan 36 buah pesawat LCA kesuluruhannya bakal dimiliki oleh negara untuk menggantikan pesawat-pesawat Hawk 100 dan Hawk 200, Aermacchi MB339 dan MiG-29N.

PAT berkata bahawa Kementerian Pertahanan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk rundingan dengan pentender (syarikat pembuat pesawat) terpilih, dengan pemeriksaan fizikal terhadap pesawat diadakan selepas rundingan harga antara kedua-dua pihak selesai.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut PAT lagi di dalam temuramah dengan majalah pertahanan itu, tempoh perolehan aset-aset baru adalah amat kritikal dan perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang bagi membolehkan TUDM mengatasi jurang di dalam keupayaan.

Ia termasuklah isu tentang keusangan, aset yang tidak mencukupi, sistem dan teknologi yang lapuk.

TUDM katanya sentiasa konsisten untuk memastikan perancangan CAP55 itu berjaya dicapai bagi memastikan kesiapsiagaan kuasa udara tentera udara berada di tahap tertentu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments are closed.