Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Beting Patinggi Ali Adalah Hak Kita Dan Kita Akan Mempertahankannya”

Sebuah badan penyelidikan yang berpengkalan di Washington,  Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) dalam laporannya baru-baru ini menyatakan bahawa  kapal-kapal pengawal pantai China melakukan rondaan di beberapa lokasi Laut China Selatan termasuk Beting Patinggi Ali “hampir setiap hari” sepanjang tahun lepas.

0 1,400

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) yang sedang diintai oleh “kuasa luar” adalah milik Malaysia dan negara akan mempertahankannya.

“That (Beting Patinggi Ali) is our territory and we will protect it,” katanya apabila ditanya oleh pemberita tentang keadaan terkini di Beting Patinggi Ali selepas lawatan ke Kem Lok Kawi di Sabah.

Kedudukan Beting Patinggi Ali itu menurut beliau adalah jelas, bahawa ia terletak di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia dan kerajaan telah mewartakannya sebagai wilayah yang dimilikinya.

“Kita akan jaga kedaulatan negara dan aset-aset kita juga sentiasa berada di sana. Kita letak aset kita di sana dan orang lain pun letak aset mereka di sana,” kata Menteri Pertahanan.

“Orang lain” yang dimaksudkan oleh Mohamad Hasan berkemungkinan merujuk kepada China yang menempatkan kapal-kapal pengawal pantainya di sekitar perairan Beting Patinggi Ali yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Beting

Beting Patinggi Ali terletak pada kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak.

Beting ini dikatakan berada di kedudukan paling selatan dalam gugusan Kepulauan Spratly.

Sebuah badan penyelidikan yang berpengkalan di Washington,  Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) dalam laporannya baru-baru ini menyatakan bahawa  kapal-kapal pengawal pantai China melakukan rondaan di beberapa lokasi Laut China Selatan termasuk Beting Patinggi Ali “hampir setiap hari” sepanjang tahun lepas.

Laporan oleh AMTI itu adalah berdasarkan analisis data  Automatic Identification System (AIS) daripada pengendali komersial MarineTraffic.

AMTI menganalisis data AIS daripada tahun 2022 di lima ciri maritim di Laut China Selatan yang kerap menerima rondaan daripada kapal-kapal pengawal pantai China.

Ciri-ciri maritim itu adalah Second Thomas Shoal, Beting Patinggi Ali,Scarborough Shoal, Vanguard Bank dan Thitu Island.

Jika dibandingkan dengan data yang dicerapnya bermula daripada tahun 2020, tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan secara menyeluruh rondaan kapal-kapal pengawal pantai China di lima ciri maritim itu Laut China Selatan, menurut AMTI.

“Bilangan hari di mana kapal-kapal pengawal pantai China melakukan rondaan di Beting Patinggi Ali berhampiran dengan kawasan operasi minyak dan gas penting Malaysia telah meningkat daripada 279 hari pada 2020 kepada 316 hari pada tahun lepas,” menurut badan penyelidik itu.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) dan kedudukannya di perairan Sarawak.

apps

JOM DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Laporan oleh AMTI itu menunjukkan kapal-kapal pengawal pantai China sentiasa berada di Beting Patinggi Ali sepanjang tahun lepas.

Bilangan hari kapal-kapal peronda pantai China berada di Beting Patinggi Ali adalah kedua tertinggi di antara lima ciri maritim di Laut China Selatan itu, hanya dibelakang Scarborough Shoal.

Di Scarborough Shoal, kapal-kapal pengawal pantai China berada di perairan itu sebanyak 344 hari daripada 360 hari pada tahun lepas. — DSA

Comments
Loading...