Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Wajah Garang” Helikopter Penyerang Kelas Berat “ATAK-2” Didedah

Melihatkan kepada “wajah” sebenar helikopter penyerang kelas berat keluaran Turkiye itu, bolehlah disimpulkan bahawa wajahnya adalah sama garang dengan helikopter penyerang kelas berat lain di pasaran seperti Apache AH-64 keluaran Amerika Syarikat dan Mi-28 serta KA-52 keluaran Russia.

5,738

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Helikopter penyerang kelas berat Turkiye “ATAK-2” telah mendedahkan “wajah sebenarnya” pada satu acara di kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) semalam yang turut dihadiri oleh presiden negara itu Recep Tayyep Erdogan.

Pendedahan “wajah sebenar” helikopter T929 ATAK-2, lengkap dengan sistem persenjataannya berlaku hanya beberapa hari selepas ia berjaya melakukan penerbangan sulungnya.

Ia sepatutnya dijadual melakukan penerbangan sulungnya pada akhir tahun, tetapi proses itu telah dipercepatkan.

ATAK-2

Melihatkan kepada “wajah” sebenar helikopter penyerang kelas berat keluaran Turkiye itu, bolehlah disimpulkan bahawa wajahnya adalah sama garang dengan helikopter penyerang kelas berat lain di pasaran seperti Apache AH-64 keluaran Amerika Syarikat dan Mi-28 serta KA-52 keluaran Russia.

Dengan berat keseluruhannya 10 tan, helikopter dua krew serrta dua enjin, ATAK-2 dilengkapi dengan meriam 30mm dan pelbagai jenis peluru berpandu dan bom-bom pintar.

Kabin helikopter penyerang akan dilindungi dengan armor yang boleh menangkis tembakan peluru kaliber 12.7mm.

Berkemampuan terbang pada ketinggian hingga 20,000 kaki, ATAK-2 direkabentuk untuk melaksanakan operasi pada waktu siang dan malam, dengan kelajuan terbang maksimum dijangka pada kira-kira 172 knots. 

Helikopter serangan kelas berat yang dibangunkan oleh TAI itu berkemampuan melaksanakan misi-misi serangan termasuk udara-ke-udara dan udara-ke-darat serta Close Air Support (CAS), peperangan elektronik dan pemantauan pada siangdan malam tanpa mengira keadaan cuaca.

ATAK-2
ATAK-2 dan helikopter utiliti, Gokbey

 

ATAK-2 akan menggunakan beberapa sub-sistem dan komponen yang telah dibangunkan untuk helikopter T129 ATAK dan helikopter utility, Gokbey.

Helikopter penyerang kelas berat itu dibangunkan oleh TAI untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Turkiye dan juga Tentera Laut Turkiye terutamanya untuk beroperasi dari atas kapal Landing Helicopter Dock (LHD) “TCG Anadolu” yang baru sahaja ditauliahkan baru-baru ini.

ATAK-2 dijangka akan mula berkhidmat dengan Tentera Darat Turkiye pada tahun 2025, sebelum penggunaannya turut diperluas kepada mana-mana negara luar yang berminat untuk memperolehinya.

Berlainan dengan helikopter penyerang terdahulu,  T129 ATAK yang menggunakan enjin buatan Amerika Syarikat-Britain (Honeywell dan Rolls Royce), helikopter serangan kelas berat ATAK-2 itu akan menggunakan enjin buatan Ukraine.

Penggunaan enjin buatan Ukraine untuk helikopter penyerang ATAK-2 adalah untuk memastikan “pisang tidak berbuah dua kali.”

@defencesecurityasia

Homepage

♬ God Of War – Ralpi Composer

Kerana menggunakan enjin buatan Amerika-Britain, Turkiye berhadapan dengan masalah untuk mengeksport helikopter T129 ATAK ke Pakistan, apabila Ankara dikenakan sekatan ketenteraan oleh Washington apabila ia meneruskan rancangannya membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Disebabkan sekatan ketenteraan oleh Amerika, rancangan Turkiye untuk menjual 30 helikopter T129 ATAK kepada Pakistan terpaksa dibatalkan selepas Ankara gagal mendapat lesen eksport daripada Washington bagi enjin yang digunakan oleh helikopter penyerang itu.

Enggan “pisang berbuah dua kali”, Turkiye telah menjalin kerjasama dengan Ukraine.

T129 ATAK
ATAK-1

 

Negara Eropah Timur yang bergolak itu telah menghantar dua enjin TV3-117VMA-SBM1V-01T Turboshaft pertama, yang digunakan dalam prototaip pertama helikopter ATAK-II pada 27 Januari 2023 lalu.

Perjanjian dengan syarikat Ukraine “Motor Sich,” akan menyaksikan TAI dibekalkan dengan 14 buah enjin untuk helikopter serangan kelas berat itu.

Bagaimanapun, apabila ATAK-2 memasuki produksi bersiri, helikopter penyerang itu akan dilengkapkan dengan enjin buatan syarikat Turkiye sendiri. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.