Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pasukan SAR Malaysia Gali Terowong 8.5 Meter Selamatkan 5 Mangsa Gempa

Kesemua lima mangsa yang diselamatkan itu berjaya bertahan selama 129 jam sebelum ditemui pasukan oleh anggota pasukan MAS-01 SMART.

0 6,641

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha tanpa mengenal lelah pasukan mencari dan menyelamat Malaysia menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan runtuhan bangunan di Gaziantep, Turkiye, berhasil apabila mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa yang terperangkap selama 129 jam dalam runtuhan akibat gempa bumi.

Kesemua lima mangsa yang diselamatkan itu bertahan selama 129 jam dalam runtuhan konkrit sebelum ditemui pasukan oleh anggota pasukan MAS-01 SMART.

Kelima-lima mangsa itu adalah dua wanita, seorang lelaki dewasa dan masing-masing seorang remaja lelaki serta perempuan.

Mereka berjaya diselamatkan selepas pasukan MAS-01 bertungkus-lumus menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan itu.

Berita gembira itu turut dikongsi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Turkiye menerusi ciapan di Twitter.

“Satu keajaiban! SAR Malaysia baharu sahaja menyelamatkan sekurang-kurangnya enam orang di Gaziantep selepas bertungkus-lumus menggali terowong sepanjang 8.5 meter.

“Mangsa telah bertahan selama 129 jam!,” katanya.

Bilangan korban akibat gempa bumi dengan magnitud 7.7 dan 7.6 pada skala Richter yang melanda Turkiye dan Syria beberapa hari lepas telah mencecah hampir 24,000 orang.

Jumlah mangsa yang cedera pula adalah kira-kira 80,000 sementara jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal mencecah angka lebih sejuta.

Turkiye

Kira-kira 6,000 bangunan runtuh menyembah bumi, membawa bersama-sama mangsa yang masih terperangkap.

Gempa bumi terburuk melanda Turkiye sejak 1939 itu berpusat di wilayah Kahramanmaras dan telah menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah negara Mediterranean itu termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...