Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi Mahu Peroleh Teknologi Peluru Berpandu Hypersonik, Usaha Saingi Iran?

Arab Saudi dan industri pertahanannya dilapor telah meningkatkan usaha untuk mendapatkan teknologi membangunkan peluru berpandu hypersonik bagi bersaing dengan pencabar utamanya di rantau Timur Tengah, Iran yang telah pun memiliki peluru-peluru berpandu hypersonik.

0 4,180

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi dan industri pertahanannya dilapor telah meningkatkan usaha untuk mendapatkan teknologi membangunkan peluru berpandu hypersonik bagi bersaing dengan pencabar utamanya di rantau Timur Tengah, Iran yang telah pun memiliki peluru-peluru berpandu hypersonik.

Riyadh dikatakan telah memulakan perbincangan dengan Russia dalam usahanya untuk memperolehi teknologi peluru berpandu hypersonik itu.

Menteri Pertahananan negara itu Putera Khaled bin Salman AbdulAziz dilaporkan berkata bahawa bahawa negara itu sedang mengkaji pelbagai opsyen berkenaan projek pembangunan peluru berpandu hypersoniknya termasuk bekerjasama dengan Moscow.

Aspirasi untuk menperolehi teknologi membangunkan peluru berpandu hypersonik itu turut dikongsi bersama oleh Putera Mahkota Mohamad bin Salman, yang dilaporkan berkata mahu meluaskan kerjasama dengan Russia di dalam bidang pertahanan.

Bagaimanapun, Riyadh juga mempunyai opsyen lain sekira cadangannya untuk bekerjasama dengan Russia dalam bidang teknologi peluru berpandu hypersonik itu tidak menjadi realiti, termasuk bekerjasama dengan negara-negara lain.

Fattah
Peluru berpandu hypersonik Iran, “Fattah-1”

 

Setakat ini,hanya Amerika Syarikat, Russia,Korea Utara dan China diketahui berkemampuan membangunkan peluru berpandu hypersonik.

Arab Saudi dilihat “ketinggalan” dalam membangunkan peluru berpandu hypersonik berbanding Iran yang telah pun memperkenalkan peluru-peluru berpandu hypersonik pada tahun lepas, sekaligus menjadi negara pertama di Timur Tengah memiliki teknologi itu.

Peluru-peluru berpandu hypersonik Iran dikenali dengan nama-nama “Fattah-1” dan “Fattah-2.”

Walapun telah diperkenalkan pada tahun lepas, namun Iran nampaknya “menyimpan kuku” dan tidak menggunakan peluru berpandu hypersonik itu dalam serangannya terhadap Israel kira-kira dua minggu lepas.

Kebanyakkkan daripada peluru-peluru yang dilancar oleh Teheran terhadap Israel merupakan peluru-peluru berpandu yang telah berusia dan tidak menggunakan teknologi hypersonic.

Pada Jun tahun lepas, Iran Iran telah mendedahkan peluru berpandu hypersoniknya yang pertama dipanggil “Fattah-1” yang  boleh meluncur selaju Mach 15 dan mendakwa ia tidak boleh dipintas oleh mana-mana sistem pertahanan udara disebabkan kelajuannya yang tinggi.

Fattah
Peluru berpandu hypersonik  Iran “Fattah-II” yang dilengkapi dengan hypersonic Hypersonic Glide Vehicle (HGV).

 

Pihak berkuasa Iran mendakwa peluru berpandu hypersonik “Fattah-1”yang dicat serba hitam itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,400 km.

Pemerhati ketenteraan serantau menyatakan bahawa pembangunan peluru berpandu hypersonik “Fattah-1” itu akan meningkatkan lagi kebimbangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap kemampuan teknologi peluru berpandu yang dimiliki oleh Teheran.

Menurut media negara itu, “Fattah-1” mampu meluncur dengan kelajuan Mach 15 atau lebih 5,000 meter satu saat dan tidak ada sistem pertahanan udara Amerika Syarikat dan Israel yang canggih mampu memintasnya.

“Peluru berpandu hypersonik Fattah tidak boleh dimusnahkan oleh peluru berpandu lain,berikutan cara ia bergerak di kedudukan dan altitud yang berlainan,” menurur seorang pegawai kanan kor pengawal revolusi itu.

Selepas “Fattah-1”, pada Nov tahun lepas, pihak berkuasa Iran telah mendedahkan varian terkini peluru berpandu hypersonik miliknya dipanggil “Fattah II”, yang didakwa memiliki kelajuan amat tinggi sehingga Mach 15-Mach 20 serta berkemampuan mengatasi kesemua sistem pertahanan udara anti-ballistik milik Amerika Syarikat dan Israel.

Peluru berpandu hypersonik dengan kemampuan terbaru itu didedahkan ketika lawatan pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei di sebuah kemudahan pembuatan peluru berpandu negara itu di Ashura Aerospace Science and Technology University.

Fattah

Varian terbaru peluru berpandu hypersonik “Fattah II” milik Iran itu didakwa dilengkapi dengan Hypersonik Glide Vehicle (HGV) yang akan memastikannya mencapai kelajuan maksimum iaitu Mach 15 hingga Mach 20  serta kemampuan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,400km.

Negara Parsi itu mendedahkan peluru berpandu hypersoniknya yang pertama itu pada Jun lepas yang didakwanya berkemampuan membedil Israel di dalam tempoh di antara enam hingga tujuh minit sahaja.

Varian terbaru “Fattah II” dengan kemampuan HGV akan membolehkan Iran membedil Israel dengan tempoh yang lebih singkat disebabkan kelajuan peluru berpandu hypersonic itu yang memiliki Radar Cross Section (RCS) yang minimal.

Sejak daripada 2022, Kor Pengawal Revolusi Iran telah menyatakan bahawa ia sedang membangunkan peluru berpandu hypersonik, yang merupakan suatu “lonjakan generasi” bagi teknologi peluru berpandu negara itu.

Pengenalan peluru berpandu hypersonik “Fattah-1” dan “Fattah-2” menyusul pelancaran peluru berpandu balistik Iran pada bulan Mei tahun lepas, yang mengundang kritikan dan kecaman daripada negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat serta sekutu utamanya Israel.

Nuklear
Mohamed bin Salman

 

Dipanggil “Kheibar”, peluru berpandu balistik generasi ke-empat Iran itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 2,000 km dan boleh mengenai  sasaran di Israel.

Ia juga boleh membawa kepada peledak konvesional seberat 1,500 kilogram kata pegawai tentera Iran sambil menambah bahawa “Kheibar” boleh meluncur selaju Mach 15 di luar atmosfera dan Mach 8 di dalam atmosfera. — DSA

Iklan

Comments
Loading...