Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Kapal Peronda APMM Boleh Disiapkan Tahun Ini

Semalam, kerajaan meluluskan suntikan pinjaman RM152.6 juta bagi membolehkan pembinaan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) dapat disiapkan dan diserahkan kepada APMM di dalam tempoh setahun. Langkah itu terpaksa dilakukan bagi menyiapkan projek berkenaan.

0 1,961

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sekurang-kurangnya dua daripada tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) boleh disiapkan tahun ini susulan kelulusan pinjaman RM152.6 juta yang diumumkan Perdana Menteri, semalam.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata dua kapal itu dapat mempertingkatkan operasi dan keberadaan agensi itu di Laut China Selatan.

Katanya, kapal ini dapat melaksanakan operasi di laut selama 21 hari, malah berupaya menghadapi cuaca dan laut bergelora.

“Saya menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan ini,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan meluluskan suntikan pinjaman RM152.6 juta bagi membolehkan pembinaan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) dapat disiapkan dan diserahkan kepada APMM di dalam tempoh setahun.

APMM
Salah sebuah kapal OPV milik APMM yang sedang dibina.

 

Langkah itu terpaksa dilakukan bagi menyiapkan projek berkenaan.

Anwar turut berkata, projek OPV diambil alih Kementerian Kewangan daripada syarikat Tabung Haji iaitu Destini Sdn Bhd selepas ia dikesan menghadapi masalah besar.

Syarikat THHE Destini memperolehi kontrak sebanyak RM738.9 juta daripada kerajaan pada Januari 2017 untuk membekal, menguji dan mentauliah tiga buah kapal OPV untuk APMM di dalam tempoh 42 bulan.

THHE-Destini dimiliki 51 peratus oleh Destini Berhad manakala 49 peratus dimiliki oleh TH Heavy Engineering Bhd.  

Bagaimanapun pada akhir 2021, TH Heavy membeli 51 peratus saham yang dimiliki oleh Destini.

APMM
Lakaran grafik kapal OPV milik APMM apabila ia siap kelak.

 

Kapal OPV 1 milik APMM yang dinamakan Tun Fatimah itu sepatutnya dilancarkan pada 13 Sept,  sebelum tarikh pelancarannya dilanjutkan kepada 10 Oktober.

Kapal Maritim Tun Fatimah itu dijangka akan beroperasi di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak yang kerap dicerobohi oleh kapal-kapal peronda China.

Ketiga-tiga buah kapal peronda pesisir panta itu berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar dan berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil. 

Kapal OPV yang direkabentuk mengikut rekabentuk kapal Damen 1800 itu berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...