Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Akan Jadi Jika China Tingkatkan Kekerapan Pencerobohan Terhadap Malaysia?

Bagaimana pula sekiranya penerbangan-penerbangan atau pencerobohan itu bukan lagi dilakukan oleh pesawat-pesawat pengangkut (Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20 yang bergerak perlahan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini tetapi diketuai oleh pesawat-pesawat supersonik MRCA Tentera Udara China.

0 3,119

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Apa akan jadi jika pada masa depan nanti, tentera China mempertingkatkan penerbangan atau pencerobohan pesawat tenteranya di ruang udara Malaysia, sebagaimana yang berlaku pada 31 Mei yang lepas.

Bagaimana pula sekiranya penerbangan-penerbangan atau pencerobohan itu bukan lagi dilakukan oleh pesawat-pesawat pengangkut (Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20 yang bergerak perlahan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini tetapi diketuai oleh pesawat-pesawat supersonik MRCA Tentera Udara China seperti J-20 ke.

Itulah yang dipersoalkan oleh Felo Penyelidikan di Regional Security Architecture Programme di S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) Singapura, Dr Wu Shang-Su sebagaimana dipetik oleh portal Channel News Asia.

Beliau menimbulkan pertanyaan sama ada sejumlah kecil pesawat pejuang Hawk 209 atau Hawk 108, lapan buah pesawat FA-18D Hornet dan 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dimiliki oleh TUDM berkemampuan menangani cabaran peningkatan intensiti pencerobohan pesawat-pesawat pejuang supersonik Tentera China pada masa depan.

Bagaimanakah respons TUDM jika Beijing mempertingkatkan kekerapan pencerobohan itu, sebagaimana yang dilakukannya terhadap negara-negara lain seperti Taiwan dan Jepun.

Pesawat China
Pesawat J-20 China

 

China hanya perlu “park” salah sebuah kapal pengangkut pesawatnya di Kepulauan Spratly atau pesawat-pesawat pejuangnya berlepas daripada salah satu “pulau buatan manusianya” di Laut China Selatan, jika ia bercadang mempertingkatkan kekerapan penerbangan pesawat-pesawatnya berhampiran ruang udara Malaysia.

Ia boleh mula melakukannya esok, jika ia mahu.

Di dalam kes Taiwan, pencerobohan terhadap ADIZ Taiwan bukan hanya dilakukan oleh oleh satu dua pesawat pengangkut, tetapi sehingga berbelas-belas  pesawat tentera ( ada sehingga 24 pesawat tentera dalam satu masa) melibatkan pelbagai jenis termasuk pesawat pejuang supersonik, pesawat pengebom dan MPA serta AEWC.

Dan pencerobohan pesawat-pesawat China terhadap ADIZ Taiwan mahupun Jepun berlaku hampir setiap hari.

Wu Shang mempersoalkan sama ada TUDM telah bersedia sekiranya China meningkatkan kekerapan pencerobohan pesawat tenteranya kepada setiap hari, menambah bilangan pesawat yang menceroboh serta kecanggihan pesawat itu.

Beliau berkata sekiranya China meningkatkan kekerapan pencerobohan oleh pesawat-pesawat tentera ke tahap sama seperti yang dialami oleh Taiwan mahupun Jepun, maka, TUDM akan berhadapan dengan masalah.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

 

Ini kerana bilangan pesawat pejuangnya yang sedikit, terpaksa mengawasi dua theatre (pentas operasi) iaitu Semenanjung dan Malaysia Timur, sehingga menyebabkan tahap kesiapsiagaannya terjejas selain turut menjejaskan tahap penyelenggaran pesawat.

“Kemampuan TUDM pada masa ini adalah tidak mencukupi sekiranya Beijing mempertingkatkan frekuensi operasi (pencerobohan ruang udara Malaysia) atau menyertakan pembabitan pesawat-pesawat pejuang yang lebih moden dan lebih berbahaya,” kata Wu Shang.

Penyelidik terbabit berkata, TUDM memerlukan pesawat-pesawat yang sama modennya sebagaimana yang dimiliki oleh China untuk menangani cabaran baru itu.

Malaysia kini memerlukan pesawat-pesawat yang memiliki kemampuan untuk melakukan pemintasan (interception) dan projek perolehan LCA oleh TUDM perlu dipercepatkan dengan pilihan-pilihan seperti pesawat FA-50, J-17 mahupun Tejas yang berkemampuan terbang dengan kelajuan supersonic.

Selain itu, program perolehan MRCA yang ditangguhkan sebelum ini  kerana kekurangan dana perlu dihidupkan kembali kerana keadaan yang semakin mendesak ketika ini untuk menambah aset TUDM bagi menangani masalah daripada pesawat-pesawat China itu.

Selain itu Malaysia juga perlu menambah kemudahan radar, pangkalan udara, pesawat-pesawat amaran awal  atau sistem peluru berpandu anti pesawat jarak sederhana yang mampu menangani ancaman.

Pada ketika semua jenis peluru berpandu anti pesawat negara adalah jarak dekat yang lebih kepada point-defence sesuatu kemudahan infrastruktur seperti pangkalan udara dan sebagainya.

Itu tidak mencukupi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...