YDP Agong Isytihar Darurat

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan darurat bagi membendung pandemik Covid-19

Tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal.

Baginda juga memperkenankan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.

Jawatankuasa Bebas akan mengesyorkan kepada Baginda sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.Baginda juga menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

sumber daripada Agensi Berita Nasional (BERNAMA)

COVID-19DaruratPandemikYDP Agong