[VIDEO] Turki, Pakistan Jalin Kerjasama Pembuatan Komponen Dan Pembangunan Dron “Anka” MALE

Kerjasama itu adalah diantara syarikat, Turkish Aerospace (TUSAS) yang membangunkan "Anka" dengan National Engineering and Science Commission (NESCOM).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki dan Pakistan menjalin kerjasama di dalam bidang pembuatan komponen dan pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) “Anka” MALE (medium altitude long-endurance).

Kerjasama itu adalah diantara syarikat, Turkish Aerospace (TUSAS) yang membangunkan “Anka” dengan National Engineering and Science Commission (NESCOM).

Kerjasama antara dua negara yang ditandatangani pada pameran International Defense Industry Fair (IDEF 2021) di Istanbul baru-baru ini, akan menyaksikan NESCOM membuat beberapa komponen untuk dron “Anka” itu.

Selain itu, agensi Pakistan itu juga akan membantu dalam membangunkan lagi pesawat tanpa pemandu.

Pakistan dengan industri pertahanan tempatan yang berdaya maju mampu menambak baik “Anka”.

“Kontrak yang kami tandatangani dengan Pakistan di dalam skop pesawat tanpa pemandu kami, Anka akan memberikan nilai tambah kepada UAV kami, selain mempertingkatkan lagi kemampuan pesawat tanpa pemandu kami,” kata pengurus besar TUSAS, Temel Kotil.

NESCOM juga dikatakan akan memasarkan pesawat tanpa pemandu keluaran TUSAS kepada negara-negara lain.

Pesawat tanpa pemandu “Anka” melakukan penerbangan pertama pada 2016 dan memasuki serial production pada 2017 merupakan dron MALE yang mampu berada di udara selama 24 jam dan terbang pada ketinggian maksimum pada 30,000 kaki.

Ia mampu membawa pelbagai sensor seperti electro optical/infra red dan synthetic aperture radar (SAR).

Varian “Anka-S” juga mampu dengan dilengkapkan dengan peluru berpandu MAM-L dan MAM-C yang dibangunkan oleh syarikat, Roketsan, selain Common Aperture Targeting System (CATS) yang diperbuat oleh syarikat, Aselsan.

Pada ketika ini, pesawat tanpa pemandu “Anka” digunakan oleh angkatan tentera Turki, pasukan polisnya serta National Intelligence Organisation.

DEFENCE SECURITY ASIA

AnkaNESCOMTurkiTUSAS