[VIDEO] Pesawat Gripen Thailand Dedah Kepincangan Pesawat Shenyang J-11 China Dalam Aspek BVR

Tentera Udara Thailand telah mengetengahkan pesawat pejuang buatan Sweden, Saab JAS-39C/D Gripen manakala China pula membawa pesawat pejuang Shenyang J-11, pesawat yang berdasarkan kepada rekabentuk Su-27 Flanker Russia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun  2015 bertempat di Pangkalan Udara Thai di Korat (tengah Thailand) telah diadakan latihan  bersama membabitkan Tentera Udara Thailand dengan Tentera Udara China dipanggil Exercise Falcon Strike.

Tentera Udara Thailand telah mengetengahkan pesawat pejuang buatan Sweden, Saab JAS-39C/D Gripen manakala China pula membawa pesawat pejuang Shenyang J-11, pesawat yang berdasarkan kepada rekabentuk Su-27 Flanker Russia.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa portal pertahanan, apa yang mengejutkan pakar-pakar pertahanan adalah bagaimana pesawat Gripen yang telah berusia 25 tahun boleh menundukkan dengan mudah pesawat pejuang J-11 China yang jauh lebih muda dalam pertembungan Beyond Visual Range (BVR).

Menurut pakar-pakar itu, kekalahan memalukan pesawat J-11 dalam latihan di Thailand itu sebenarnya mendedahkan kepincangan dalam kemampuan udara China.

Kata mereka, jika dengan Gripen yang lagi berusia pun pesawat China yang lagi muda dan baru itu mudah ditewaskan, apatah lagi dengan pesawat-pesawat Barat yang jauh lebih muda seperti yang Gen 4.5 atau Gen 5.

Sepanjang tujuh hari latihan Falcon Strike itu berlangsung, penganalisis mengatakan pesawat-pesawat pejuang China telah menunjukkan prestasi yang mengecewakan.

Semasa dua hari pertama latihan itu, pesawat J-11 China telah berjaya menembak jatuh Gripen sebanyak 25 dalam pertempuran “Within Visual Range (WVR) dengan hanya satu pesawatnya berjaya ditembak jatuh oleh pesawat buatan Sweden itu.

Laporan mengatakan dalam latihan pertempuran WVR itu, Gripen menggunakan peluru berpandu AIM-9 manakala J-11 pula menggunakan peluru berpandu PL-8.

Bagaimanapun keesokkan hari ini (hari ketiga latihan), latihan beralih ke fasa Beyond Visual Range dimana Gripen dilengkapkan dengan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM manakala J-11 pula menggunakan peluru berpandu PL-12.

Pesawat Shenyang J-11 China.

 

Dalam fasa latihan BVR itu, pesawat Gripen Thailand itu telah berjaya menembak jatuh 41 pesawat J-11 China berbanding sembilan pesawat Gripen yang “tumbang” ditangan J-11.

Penganalisis mengatakan 88 peratus daripada kejayaan Gripen menembak jatuh J-11 itu adalah pada jarak lebih daripada 19 batu.

Pesawat Gripen juga berjaya menembak jatuh J-11 sekurang-kurangnya 11 kali pada jarak melebihi 31 batu.

Analisis tentang kemampuan J-11 China dalam latihan udara dengan Thailand itu dikatakan telah disampaikan oleh “Li Zhonghua” di Northwestern Polytechnical Universiti di China.

Li, sebagaimana di dalam portal mendakwa bahawa beliau turut menyertai latihan di Korat, Thailand itu.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaGripenJ-11KoratThailand