Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

740 Anggota Keselamatan Myanmar Terbunuh Dalam Pertempuran Sepanjang Bulan Julai Lepas

Selain bilangan yang maut itu, seramai 370 anggota pasukan keselamatan Mynamar juga tercedera dalam pertempuran pada Julai itu.

0 1,257

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kira-kira 740 anggota pasukan keselamatan Myanmar dilaporkan terbunuh dalam 355 insiden pertempuran dengan anggota kumpulan pemberontak di negara Asia Tenggara itu pada bulan Julai lepas, kata kerajaan dalam bayangan negara itu dipanggil National Unity Government (NUG).

Selain bilangan yang maut itu, seramai 370 anggota pasukan keselamatan Myanmar juga tercedera dalam pertempuran pada Julai itu.

Dalam pada itu NUG juga melaporkan bahawa 200 orang awam Myanmar terbunuh sepanjang bulan Julai itu.

Sejak tentera Myanmar merampas kuasa pada 1 Februari yang lalu daripada kerajaan yang dipilih secara demokrasi pada pilihanraya, lebih daripada 960 orang awam Myanmar dilaporkan terbunuh akibat tindakan ganas yang dilakukan oleh pasukan keselamatan negara itu.

Tentera Myanmar turut bertindak menangkap pemimpin pro-demokrasi negara itu, Aug San Suu Kyi serta pemimpin-pemimpin parti National League of Democracy (NLD) yang memerintah negara itu.

Myanmar
Anggota kumpulan pemberontak Myanmar. (AFP/Getty Images)

 

Orang awam dan pemimpin serta anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan juga tidak terkecuali dengan kira-kira 7,000 telah ditangkap oleh pasukan keselamatan Myanmar.

Menurut NUG lagi,  anggota kumpulan pemberontak hanya menggunakan senjata-senjata ringan termasuk senjata yang dibuat sendiri dalam pertempuran dengan anggota pasukan keselamatan negara itu yang jauh lebih lengkap daripada segi persenjataannya.

Diantara banyak pertempuran dengan pasukan keselamatan Myanmar itu, insiden berbalas tembak di Wilayah Sagaing merupakan yang kali sengit dengan pihak NUG merekod 36 pertempuran menyebabkan lebih daripada 36 kematian di dikalangan pihak berkuasa negara itu pada bulan Julai sahaja.

Kachin
Kumpulan pemberontak Kachin Independence Army (KIA) bersama mesingan berat yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat dan helikopter tentera Myanmar. (gambar Getty Images)

 

Secara keseluruhannya, bermula daripada Februari sehingga kini ia telah merekodkan 417 kematian dan 270 kecederaan di kalangan pihak anggota keselamatan akibat pertempuran dengan pihak pemberontak di Wilayah Sagaing.

Ia juga mencatat kematian 128 orang awam di wilayah bergolak Sagaing itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...