(VIDEO) KONŠTRUKTA-Defence Perkenal Varian Dipermoden SPH “Eva M2” 155mm. Untuk TDM?

(VIDEO) Sistem artilleri bergerak “Eva” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Slovakia itu adalah diantara sistem yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Pertahanan bagi diperolehi oleh oleh Tentera Darat Malaysia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Slovakia, KONŠTRUKTA-Defence telah berjaya melengkapkan siri ujian penting melibatkan varian terkini sistem artilleri bergeraknya (self-propelled howitzer) “Eva” 155mm 52 cal yang telah dipertingkatkan kemampuannya.

Siri ujian penting yang berjaya dilaksanakannya termasuk ujian tembakan yang pertama, adalah untuk memastikan kekuatan struktural dan kestabilan varian terkini sistem artilleri bergerak “Eva” yang dipertingkatkan kemampuannya dan dipanggil “Eva M2”.

Sistem artilleri bergerak “Eva M2” yang dipertingkat itu turut menjalani ujian prestasi ketika berhadapan dengan laluan berbukit (steep gradients) dan pelbagai persekitaran di laluan yang mencabar.

“Kejayaan menamatkan ujian itu membuktikan rekabentuk robust dan operational reliability sistem artillery bergerak Eva M2 itu.”

Sistem artilleri bergerak “Eva” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Slovakia itu adalah diantara sistem yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Pertahanan bagi diperolehi oleh oleh Tentera Darat Malaysia.

(VIDEO OLEH KONŠTRUKTA-Defence)

Malah, bolehlah dikatakan bahawa sistem artilleri bergerak “Eva” adalah antara calon Frontrunner untuk memenangi kontrak di Malaysia bersama-sama calon lain seperti “Yavuv” daripada syarikat MKE daripada Turkiye dan juga “Caesar” daripada syarikat pertahanan Peranciis, NEXTER Systems.    

Malah pada Mac lalu, Kementerian Kewangan (MoF) didakwa telah mengeluarkan Surat Niat (Letter of Intent – LOI) kepada syarikat tempatan, Global Komited bagi perolehan sistem meriam bergerak  “EVA” 155mm untuk Tentera Darat Malaysia.

Global Komited merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Weststar.

Dakwaan itu telah dinyatakan oleh anggota Parlimen Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan soalan berkenaan perolehan sistem meriam bergerak itu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semasa beliau menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

“Benarkah Kementerian Kewangan telah mengeluarkan  LOI (Letter of Intent) berjumlah RM805 juta kepada syarikat Global Komited, anak syarikat (Kumpulan) Weststar (untuk perolehan sistem meriam bergerak EVA 155mm)?” soal anggota Parlimen terbabit kepada Menteri Pertahanan di dalam Dewan Rakyat.

“Eva M2” (KONŠTRUKTA-Defence)

 

Beliau mendakwa Kementerian Kewangan memilih sistem meriam bergerak “EVA” 155mm dan mengalahkan sistem meriam bergerak lain — antaranya termasuklah CAESAR 155mm yang dibangunkan oleh syarikat NEXTER daripada Perancis.

Menjawab pertanyaan daripada Awang, Menteri Pertahanan berkata bahawa cadangan berkenaan sistem meriam bergerak 155mm untuk Tentera Darat Malaysia masih di dalam proses perolehan.

“Jadi belum muktamad, jadi kita masih sedang tunggu siapa akhirnya, daripada mana kita akan beli peralatan itu,” kata Menteri Pertahanan.

Sebarang proses perolehan sistem pertahanan oleh Kementerian Pertahanan kata beliau, adalah mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan pekeliling yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan.

Sistem meriam bergerak “EVA” 155mm  yang dibangunkan oleh Konstrukta Defence itu, dengan separuh daripada kos pembangunan sistem meriam itu dibiayai oleh Kementerian Pertahanan Slovakia.

Sistem “EVA” 155mm itu hanya didedahkan pada awam pada tahun 2015.

“Eva” 155mm

 

Ia adalah berdasarkan kepada kenderaan Tatra T810 6×6 dan menggunakan meriam 155mm/L52 dan mampu membedil semua jenis peluru mengikut standard NATO.

Sistem meriam bergerak 155mm 52 Cal “EVA” adalah sistem artileri yang otonomi dengan sistem pengisi peluru otomatik bagi memberikan ia kemampuan menembak berkesan dengan penentuan sasaran secara langsung atau tidak langsung.

Antara ciri-ciri paling utara sistem meriam bergerak “EVA” 155mm adalah kemampuan mobilitinya yang tinggi berikutan berat meriamnya.

Ciri-ciri yang lain adalah perlindungan untuk krewnya daripada senjata infantri, serangan  jarak jauh, penyediaan sistem yang cepat serta penembakan yang tepat dan kemampuan untuk melaksanakan penembakan secara “Multiple Round Simultaneous Impact” (MRSI).

Sistem meriam bergerak “EVA” 155mm yang dikatakan dibangunkan di dalam tempoh 9 bulan sahaja itu, boleh melepaskan lima tembakan dalam satu minit, sembilan tembakan dalam dua minit atau 12 tembakan dalam tempoh tiga minit.

‘Eva” 155mm

 

Menggunakan kenderaan seberat 22 tan, sistem “EVA”155mm itu dikendalikan oleh tiga orang krew iaitu komander, gunner dan pemandu.

Sistem meriam juga dilengkapi dengan Fire Control System (FCS) yang prinsip utamanya adalah mengurus keperluan teknikal dan memantau aktiviti sistem itu, selain memastikan sistem memperolehi data-data lain seperti topografi, balistik untuk tujuan pengiraan element penembakan.

Jarak maksimum tembakanya adalah 41km dengan peluru ERFB-BB  (Extended-Range Full-Bore projectile with the Base Burn), manakala lebih 50km jika menggunakan peluru VLAP (Very Long Artillery Projectile).  — DSA

 

Eva M2featuredKonstruktaMalaysia
Comments (0)
Add Comment