[VIDEO] Ketua Staf Tentera India, Isteri Dan 11 Lain Maut Helikopter Terhempas

Mendiang menyertai angkatan tentera sebagai Leftenan Kedua pada 1978 dan sudah berkhidmat selama empat dekad termasuk mengetuai pasukan tentera di Kashmir dan Garisan Kawalan Sebenar (LAC) di sempadan dengan China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ketua Staf  Tentera India, Jeneral Bipin Rawat dan isteri, Madhulika Rawat serta 11 penumpang maut apabila helikopter yang mereka naiki terhempas hari ini.

Tentera Udara India turut mengesahkan seorang penumpang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Coonoor, Tamil Nadu itu.

Menurut Tentera Udara India lagi, Rawat, 63, sedang dalam perjalanan bersama isterinya dan 12 yang lain ke Kolej Kakitangan Perkhidmatan Pertahanan menaiki helikopter Mi-17 buatan Russia.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan orang ramai cuba memadamkan bangkai kapal yang terbakar dengan baldi air manakala sekumpulan askar membawa seorang penumpang pergi dengan pengusung buatan sendiri.

Pegawai bomba di Coonoor berkata beberapa mangsa yang cedera dibawa ke hospital manakala Tentera udara India berkata siasatan sedang dijalankan berhubung kemalangan itu.

Jeneral Bipin Rawat

 

Rawat adalah ketua pertahanan India yang pertama iaitu jawatan diwujudkan kerajaan India pada 2019 dan dilihat rapat kepada Perdana Menteri, Narendra Modi.

Mendiang menyertai angkatan tentera sebagai Leftenan Kedua pada 1978 dan sudah berkhidmat selama empat dekad termasuk mengetuai pasukan tentera di Kashmir dan Garisan Kawalan Sebenar (LAC) di sempadan dengan China.

Helikopter Mil Mi-17 V5 sebagaimana dinaiki oleh Jeneral tentera India, isteri dan 11 lain yang terhempas di Tamil Nadu.

 

Beliau juga bertanggungjawab mengurangkan keganasan di persempadanan timur laut India dan mengawal selia operasi anti pengganas rentas sempadan memasuki sempadan Myanmar.

Rawat mengetuai pasukan tentera dengan kekuatan 1.3 juta anggota antara 2017 dan 2019 sebelum dinaikkan pangkat mengetuai barisan pertahanan negara, yang menurut penganalisis, bertujuan mengintegrasi tentera darat, laut dan udara

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Bipin RawatHelikopterIndia