Turkiye Kini Guna Enjin Turbojet Buatan Tempatan Untuk Peluru Berpandu ATMACA, SOM, CAKIR

Dengan bermulanya pembuatan besar-besaran enjin turbojet peluru berpandu KTJ-3200 yang dibangunkan oleh syarikat Turkiye, Kale Jet Engines, maka ia juga bermakna bahawa Projek Pembangunan Enjin Turbojet telah berjaya dilaksanakan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan bermulanya pembuatan besar-besaran enjin turbojet peluru berpandu KTJ-3200 yang dibangunkan oleh syarikat Turkiye, Kale Jet Engines, maka ia juga bermakna bahawa Projek Pembangunan Enjin Turbojet telah berjaya dilaksanakan.
Dipetik daripada portal pertahanan SavunmaSanayiST.com, Projek Pembangunan Enjin Turbojet merupakan inisiatif Presidency of Defense Industries (SSB) Turkiye untuk membangunkan enjin turbojet kebangsaan yang akan digunakan untuk peluru-peluru berpandu ATMACA dan juga Stand-Off Missile (SOM).
Projek itu berjaya mencapai matlamatnya apabila enjin turbojet KTJ-3200 itu berjaya dibangunkan dan produksi enjin tersebut bermula.
Dalam satu majlis yang diadakan di Canakkale, Turkiye baru-baru ini, Presiden SSB Prof Dr Haluk Gorgun berkata Turkiye kini mampu untuk memenuhi keperluannya sendiri menggunakan sumber-sumber tempatan selepas kejayaan pembangunan enjin turbojet tempatannya.
Pada ketika ini, enjin yang dibangunkan oleh Kale Turbojet Engines telah dintergrasikan ke dalam peluru berpandu ATMACA, SOM dan CAKIR.
Enjin turbojet peluru berpandu pertama Turkiye, KTJ-3200 kini digunakan oleh peluru berpandu ATMACA dan juga peluru berpandu kruis SOM, manakala enjin turbojet KTJ-1750 pula melengkapi peluru berpandu CAKIR.
Enjin turbojet KTJ-3700 dibangunkan khusus untuk digunakan oleh peluru berpandu kruis KARA ATMACA.
Sebelum ini, Perancis telah mengenakan embargo terhadap penggunaan enjin TR40 buatan negara itu dalam peluru-peluru berpandu SOM dan juga ATMACA.
Berikutan dengan embargo yang dikenakan oleh Paris, ia telah menganggu eksport peluru berpandu SOM kepada Azerbaijan.
Dengan kejayaan membangunkan enjin turbojet peluru berpandu tempatan KTJ-3200, Turkiye tidak lagi perlu bimbang terhadap kemungkinan “gangguan” di dalam bentuk embargo daripada Perancis atau mana-mana negara asing terhadap usahanya untuk mengeksport peluru berpandu kepada pelanggannya seperti Azerbaijan.
Dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu berkeupayaan membedil sasaran sejauh 250km.
Enijn turboje KTJ-3200 yang dibangunkan oleh Kale dan akan digunakan pada peluru berpandu SOM dan ATMACA (Anadolu)
Peluru berpandu ATMACA menggunakan enjin turbojet tempatan Turkiye itu juga berkemampuan membedil sasaran-sasaran di daratan.
Peluru berpandu “ATMACA” yang memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal “Harpoon Block II” keluaran Amerika Syarikat.
Peluru berpandu SOM yang bakal digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang serta UCAV itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 240km.
Peluru berpandu kruis Stand-Off Missile (SOM) yang juga dibangunkan oleh ROKETSAN dan TUBITAK SAGE adalah peluru berpandu kruis udara-ke-permukaan yang dilancarkan dari jarak luar capaian sistem pertahanan udara.
Ia direka khas untuk digunakan terhadap sasaran darat atau maritim yang mempunyai sistem pertahanan yang ketat dan jauh di dalam kawasan medan peperangan.
Dibangunkan sejak tahun 2006, SOM merupakan peluru berpandu kruis domestik pertama Turkiye yang direka untuk menyerang sasaran tetap dan bergerak pada jarak stand-off melebihi 180-240km kilometer.
Peluru berpandu SOM (Stand-Off Missile) yang dibangunkan oleh firma ROKETSAN
Peluru berpandu “Cakir” yang dibangunkan oleh Roketsan.
Peluru berpandu CAKIR memiliki berat keseluruhan 275kg dan mempunyai lapan varian berkeupayaan membedil sasaran sejauh 150km dengan tepat.
Antara varian peluru berpandu kruis CAKIR yang dibangunkan oleh ROKETSAN adalah peluru berpandu anti-kapal, peluru berpandu peperangan elektronik, peluru berpandu kruis dan peluru berpandu ‘swarm sensor.”
CAKIR boleh dilancarkan daripada platform udara, laut dan darat terhadap sasaran-sasaran yang berada darat dan lautan.
Peluru berpandu kruis CAKIR itu juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak “High Explosive Semi-Penetrating Particle Effect Thermobaric” seberat 70 kg yang amat berkesan untuk memusnahkan sasaran-sasaran berarmor dan tidak berarmor.
CAKIR juga boleh dilengkapi dengan booster enjin bagi membolehkan peningkatan jarak bedilannya, selain berkemampuan untuk terbang hampir dengan permukaan tanah berikutan ciri-ciri “Super Sea-Skimming” yang menyukarkan lagi pihak musuh untuk menembaknya jatuh.
Panjang keseluruhan peluru berpandu kruis CAKIR itu adalah lebih daripada 4 meter. — DSA

featuredPeluru berpanduRoketsanTurkiye
Comments (0)
Add Comment