(VIDEO) Turkiye Bakal Perkenal Peluru Berpandu Kruis Darat-ke-Darat “KARA ATMACA” Tahun Depan

(VIDEO) Angkatan Tentera Turkiye dijangka mula menggunakan peluru berpandu kruis darat-ke-darat jarak jauh (Long Range Surface-to-Surface Cruise Missile – LRSM) “KARA ATMACA” pada tahun depan selepas segala ujian teknikal operasinya berjaya dilaksanakan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Turkiye dijangka mula menggunakan peluru berpandu kruis darat-ke-darat jarak jauh (Long Range Surface-to-Surface Cruise Missile – LRSM) “KARA ATMACA” pada tahun depan selepas segala ujian teknikal operasinya berjaya dilaksanakan.

Dalam ujian terbaru dilaksanakannya baru-baru ini, peluru berpandu “KARA ATMACA” LRSM yang dibangunkan oleh Roketsan telah berjaya membedil sasarannya dengan tepat.

Roketsan tidak mendedahkan lokasi ujian penembakan peluru berpandu kruis itu, tetapi kebiasaanya ia dilakukan di Sinop.

“Dalam ujian penembakan yang terkini, peluru berpandu kruis darat-ke-darat KARA ATMACA telah berjaya membedil sasaranya dengan tepat,” kata ketua Presidency of Defense Industries (SSB) Haluk Gorgun dalam satu kenyataan.

Beliau berkata “KARA ATMACA” direka untuk membedil sasaran-sasaran stategik daratan dengan tepat dan kemunculannya akan memperkuatkan lagi kemampuan serangan Angkatan Tentera Turkiye.

Roketsan telah menandatangani perjanjian dengan SSB pada 2021 untuk membangunkan peluru berpandu kruis darat-ke-darat jarak jauh itu.

Sejak termeterainya perjanjian itu, syarikat Roketsan telah meneruskan pembangunan peluru berpandu kruis itu dan dalam ujian terkini peluru berpandu itu telah berjaya berada di udara paling lama serta membedil sasarannya dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Peluru berpandu kruis darat-ke-darat “KARA ATMACA” itu menggunakan enjin buatan tempatan Kale Arge, KTJ3700.

Apabila mula memasuki perkhidmatan dengan Pemerintahan Tentera Darat Turkiye (Turkey Land Forces Command) pada tahun depan, “KARA ATMACA” akan memberikan tentera darat negara itu kemampuan membedil sasaran jarak jauh dengan tepat.

Peluru berpandu kruis darat-ke-darat “KARA ATMACA” dilengkapi dengan peledak seberat 250kg manakala bagi sistem panduannya pula ia akan menggunakan Imaging Infra Red (IIR) bagi memastikannya berkemampuan memusnahkan sasarannya dengan tepat.

Pelancar “KARA ATMACA”

 

Selain itu, peluru berpandu kruis darat-ke-darat Turkiye itu juga ketahanan yang tinggi terhadap segala usaha jamming oleh musuh.

Sasaran-sasaran utama bagi peluru berpandu kruis darat-ke-darat Turkiye itu termasuklah segala sasaran strategik daratan seperti bateri sistem pertahanan udara dan juga sistem peluru berpandu darat-ke-darat sama ada bergerak atau tetap.

Peluru berpandu kruis darat-ke-darat “KARA ATMACA” adalah varian serangan darat kepada peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” yang turut dibangunkan oleh syarikat Roketsan dan bakal digunakan oleh tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelak.

Mungkin Tentera Darat Malaysia juga boleh mempertimbangkan peluru berpandu kruis darat-ke-darat “KARA ATMACA” untuk inventorinya pada masa depan.

“KARA ATMACA”
Spesifikasi Teknikal Peluru Berpandu Kruis Darat-ke-Darat “KARA ATMACA”
Panjang: 6 meter
Berat: 890kg
Jarak Bedilan: 280km
Sistem Panduan: INS + GPS + Barometric Altimeter + Radar Altimeter + TRN
Peledak: High Explosive, Fragmentation, Penetration
Berat Peledak: 250kg
Sistem Panduan: Imaging Infra Red (IIR) Seeker

*INS Inertial Navigation System
**GPS Global Positioning System
***TRN Terrain Referenced Navigation 

— DSA

 

 

featuredKARA ATMACARoketsanTurkiye