Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Udara Pakistan Lebih Maju “12-14 Tahun” Berbanding India Berikutan Pemilikan Pesawat Pejuang FC-31

Menurut bekas pegawai kanan Tentera Udara Pakistan Komodor Udara (B) Zia Ul Haque Shamshi, dengan perolehan pesawat pejuang FC-31 "Gyrfalcon" itu Tentera Udara Pakistan akan mempunyai kelebihan terhadap Tentera Udara India di antara tempoh 12 hingga 14 tahun.

0 16,723

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Keputusan Pakistan untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima buatan China, FC-31 “Gyrfalcon” akan memberikan kelebihan kepada tentera udara negara itu daripada segi kemampuan kuasa udaranya berbanding kemampuan dimiliki oleh “musuh” tradisinya, India.

Menurut bekas pegawai kanan Tentera Udara Pakistan Komodor Udara (B) Zia Ul Haque Shamshi, dengan perolehan pesawat pejuang FC-31 “Gyrfalcon” itu Tentera Udara Pakistan akan mempunyai kelebihan terhadap Tentera Udara India di antara tempoh 12 hingga 14 tahun.

“India tidak dijangkakan akan memperolehi kemampuan pesawat pejuang generasi kelima dalam tempoh itu (12 hingga 14 tahun), sekaligus memberikan kelebihan strategic kepada Tentera Udara Pakistan,” kata beliau.

Awal tahun ini, Tentera Udara Pakistan memberikan bayangan bahawa ia akan memperolehi pesawat pejuang halimunan generasi kelima  FC-31 “Gyrfalcon” yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa China, Shenyang Aircraft Corporation.

Ketua Staf Tentera Udara Pakistan, Marshal Udara Zaheer Ahmed Baber Sidhu dilaporkan berkata dalam satu majlis awal tahun lali bahawa pesawat FC-31 buatan itu akan memasuki perkhidmatan tentera udara negara “tidak lama lagi.”

“Rundingan telah pun diadakan bagi membolehkan perolehan pesawat FC-31, yang akan menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Pakistan tidak lama lagi,” kata beliau pada majlis terbabit.

J-31
Pesawat pejuang generasi kelima China FC-31

 

Baru-baru ini, media-media Pakistan melaporkan bahawa Tentera Udara Pakistan telah pun menghantar kumpulan juruterbangnya untuk menjalani latihan menerbangkan pesawat pejuang generasi kedua buatan China itu, FC-31.

FC-31 adalah pesawat pejuang kedua buatan China selepas J-20 “Mighty Dragon” yang tidak dieksport dan hanya digunakan oleh Tentera Udara China sahaja.

Perolehan pesawat pejuang halimunan generasi kelima FC-31 itu akan hanya menambah pegangan pesawat-pesawat pejuang China dalam inventori Tentera Udara Pakistan selepas memperolehi negara itu turut memiliki pesawat-pesawat pejuang J-10 C dibangunkan oleh China  dan juga JF-17 yang dibangunkan secara bersama oleh Islamabad dan juga Beijing.

Kenyataan oleh media-media Pakistan bahawa tentera udara negara itu telah mula menghantar juruterbangnya ke China untuk menerbangkan pesawat pejuang FC-31, membuktikan bahawa negara Asia Selatan itu sememangnya sedang menuju ke arah pemilikan pesawat pejuang generasi kelima.

Langkah Pakistan itu telah menggusarkan negara jiran dan “musuh tradisinya”, India masih bergantung kepada pesawat-pesawat pejuang generasi 4.5 seperti Sukhoi Su-30MKI dan Rafale.

Bukan sahaja India terpaksa berhadapan dengan China yang telah pun mengoperasikan pesawat pejuang generasi kelima, J-20 dan kini ia berkemungkinan besar akan berhadapan dengan Pakistan yang akan mengoperasikan pesawat pejuang generasi kelima.

J-31
F-31 “Gyrfalcon”

 

Menurut para penganalisis, perolehan pesawat halimunan generasi kelima FC-31 oleh Tentera Udara Pakistan sebagaiman didakwa oleh media negara itu adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat serta Mirage 5 buatan  Perancis milik Pakistan yang semakin usang.

Jika benar perolehan pesawat-pesawat pejuang FC-31 oleh Pakistan itu, penganalisis turut mengatakan bahawa ia akan mengubah imbangan kuasa udara di benua itu dan bakal “memeningkan kepala” seteru utamanya iaitu India.

Pesawat pejuang FC-31 itu akan meningkatkan fleksibiliti taktikal Pakistan dan membolehkannya menyelinap masuk lebih dalam di ruang udara musuh. 

Kerajaan China semamangnya mahu mempromosi pesawat FC-31 untuk pasaran eksport dan telah mewujudkan sebuah pejabat khas bertujuan menarik pelanggan luar berpotensi untuk memperolehi pesawat pejuang F-31 itu.

Beijing tidak membenarkan pesawat J-20 Mighty Dragon dieksport, sama seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap pesawat F-22 Raptor.

Sama juga seperti Amerika Syarikat,  Beijing bimbang teknologi canggih pesawat J-20 itu akan jatuh ke negara musuh jika ia membenarkan penjualan pesawat generasi kelima itu yang dipanggil “Mighty Dragon.”

J-20
J-20 “Mighty Dragon”

 

FC-31 adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.

Laporan media menyatakan bahawa pesawat pejuang FC-31 bakal berkhidmat dengan kapal-kapal pengangkut peswat negara itu dan usaha-usaha sedang dilakukan ke arah itu.

China dilaporkan sedang menpersiap-sediakan pesawat FC-31 itu untuk operasi di kapal-kapal pengangkut pesawatnya, sama seperti F-35B dan terkini F-35C yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Walaupun spesifikasi teknikalnya masih tidak diketahui dengan mendalam, namun Maximum Take-Off Weight (MTOW) pesawat pejuang FC-31 telah meningkat kepada 28,000kg daripada 25,000kg dan dilengkapi dengan enjin WS-19 dengan kuasa tujahan 12 tan.

Dengan dua buah internal bays yang masing-masing mampu membawa dua buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana.

Selain itu, pesawat pejuang itu juga memiliki hardpoints yang boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis bom dan peluru berpandu. — DSA

Comments
Loading...