TUDM Laksana “Eks Iron Fist” Untuk Pilih Top Gun

Eks Iron Fist melibatkan pertandingan di antara skuadron pesawat pejuang, yang bukan sahaja menguji tahap kecekapan dan pemangkin semangat setia kawan malah lebih penting ialah menguji tahap kesiagaan TUDM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Eks Iron Fist melibatkan skuadron-skuadron pesawat pejuang yang terdiri daripada pesawat pejuang Hawk 108/208, F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30 MKM.

Menurut kenyataan media sosial TUDM, pertandingan telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan dan Lapang Sasar Udara (LASARUD) Kota Belud pada 4 hingga 14 Jun 23 melibatkan No 6 Skuadron dan No 12 Skuadron.

Manakala pada 2 hingga 11 Jul 23 bagi No 15 Skuadron dan No 18 Skuadron.

(TUDM)
(TUDM)

 

Eks Iron Fist ini dilaksanakan dalam siri Eksesais JAGUH 23 yang merupakan program dwitahunan berprestij yang dianjurkan oleh TUDM bagi menguji kemahiran (skill) dan kompetensi serta mewujudkan semangat daya saing yang sihat di antara juruterbang, anak kapal dan anggota kejuruteraan TUDM dalam melaksanakan operasi udara. 

Eks Iron Fist melibatkan pertandingan di antara skuadron pesawat pejuang, yang bukan sahaja menguji tahap kecekapan dan pemangkin semangat setia kawan malah lebih penting ialah menguji tahap kesiagaan TUDM.

(TUDM)
(TUDM)

 

Terdapat pasukan penilai yang dilantik khas dalam eksesais ini yang menilai pertandingan berdasarkan tiga acara utama.

Acara-acara utama itu adalah Air to Ground, Ground Attack Tactic/Surface Attack Tactic dan Ground crew.

Pertandingan ini juga bakal menyaksikan pemenang bagi kesemua skuadron pejuang untuk dinobatkan dalam tiga gelaran iaitu “Top Gun Pilot”, “Top Ground Crew” dan “Top Gun Squadron” semasa Malam Jaguh 2023 nanti. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

EkesaisfeaturedIron FistTop GunTUDM
Comments (0)
Add Comment