(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa terdapat perbincangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat tentang “usaha-usaha spesifik” untuk memperkasakan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Hishammuddin berkata di dalam posting media sosialnya hari ini bahawa “usaha-usaha spesifik” itu dibincangkan dalam perbualan telefon bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam.
“Namun menerusi perbualan telefon bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam, kami senada masih ada ruang untuk perkasakan lagi kerjasama ini. Antaranya menerusi Building Partner Capacity (BPC) Programme…”
“… dan kami turut bincang secara spesifik usahasama ke arah meningkatkan lagi keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya, tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkannya tentang “usaha-usaha spesifik” di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memperkasa TUDM.
Dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam, Hishammuddin juga berkata, kedua-dua mereka senada masih terdapat ruang untuk perkasakan lagi kerjasama terbabit menerusi ‘Building Partner Capacity’.
“Kerjasama pertahanan Malaysia-AS kini pada tahap amat kukuh. Baru-baru ini sahaja AS menyumbang peralatan perubatan kepada Kor Kesihatan Diraja bernilai US$3 juta,” katanya.
Hishammuddin berkata secara keseluruhannya AS telah menyumbang lebih US$200 juta untuk tingkat keupayaan pertahanan Malaysia.
“KD Lekir (Kapal Diraja) juga baru pulang selepas diberi penghormatan sertai #RIMPAC2022 (the Rim of the Pacific Exercise) di Hawaii,” katanya.
Menerusi perbualan telefon itu juga, Hishammuddin berkata mereka mengambil peluang bertukar pandangan mengenai isu keselamatan semasa termasuk perihal Laut China Selatan dan konflik Ukraine-Rusia.
“Sebelum mengakhiri perbualan, saya menjemput beliau ke #LIMA2023 (Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi) tahun hadapan termasuk penglibatan U.S. Navy Blue Angels,” katanya.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Skuadron Demonstrasi Penerbangan Tentera Laut “Blue Angels” itu juga pernah hadir pada pertunjukan LIMA di Pulau Langkawi tidak lama dahulu. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore