TUDM Pengendali Pesawat A400M Pertama Dunia Rekod 10,000 Jam Penerbangan

Sejak beroperasi dengan TUDM dari tahun 2015, pesawat A400M telah berupaya mengubah corak operasi pesawat pengangkutan udara, dengan memainkan peranan penting dalam pelbagai misi termasuk pengangkutan kargo dan penumpang.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat sejarah untuk muncul sebagai pengendali pesawat A400M yang pertama di dunia untuk merekodkan lebih 10,000 jam penerbangan pada tahun 2021.

Pencapaian itu diraikan oleh Airbus ketika berlangsungnya pameran DSA2022 hari ini.

Ketua Airbus Defence and Space (Asia Pasifik) Johan Pelissier telah menyampaikan anugerah itu kepada Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan sebagai tanda penghargaan atas pencapaian penuh bersejarah ini. 

(Airbus)

 

Sejak beroperasi dengan TUDM dari tahun 2015, pesawat A400M telah berupaya mengubah corak operasi pesawat pengangkutan udara, dengan memainkan peranan penting dalam pelbagai misi termasuk pengangkutan kargo dan penumpang.

Pesawat A400M juga terlibat dalam misi kemanusiaan dalam bantuan bencana, pengangkutan bagi muatan berat serta menyokong strategi kebangsaan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, pengangkutan alatan perubatan serta operasi pengisian minyak di udara (Air-to-Air Refueling).

Pesawat pengangkut A400M TUDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Keupayaan mencapai rekod jam serta kitaran penerbangan yang jauh lebih tinggi berbanding pengendali pesawat A400M yang lain, menjadikan TUDM diiktiraf selaku peneraju fleet global bagi pesawat A400M, dan bertindak sebagai sumber rujukan berharga bagi kesemua pelanggan pesawat A400M dan Airbus sedia ada.

Baru-baru ini, TUDM telah menaiktaraf keupayaan taktikal pesawat A400M yang membolehkan pesawat tersebut melaksanakan misi seperti hantaran udara melalui penerjunan statik dan bebas serta penerbangan pada ketinggian aras rendah.

TUDM merupakan pasaran ekport pertama bagi pesawat A400M dan juga operator pertama di Asia Pasifik. 

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini sudah mampu untuk melaksanakan tugas dan misi-misi baharu lebih mencabar seperti mengugurkan anggota payung terjun dan melakukan penerbangan aras rendah selepas ia selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan.

Sebuah pesawat pengangkut A400M TUDM telah pun selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan itu dan telah pun “dipulangkan” semula kepada TUDM baru-baru ini.

Kerja-kerja peningkatan kemampuan pesawat pengangkut A400M TUDM itu telah dilakukan di kemudahan Airbus di Sevilla, Sepanyol. — DSA

 

A400MfeaturedTUDM
Comments (0)
Add Comment