Jepun Dalam Rundingan Akhir Peroleh Peluru Berpandu Tomahawk

Tindakan Jepun memperolehi peluru berpandu Tomahawk buatan Amerika Syarikat itu bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan deterren Tokyo dalam berhadapan dengan ketidakstabilan di rantau Indo-Pasifik akibat sikap agresif tentera China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Tidak cukup dengan perancangannya untuk mensasarkan 1,000 peluru berpandu “Type 12” yang dibangunkannya sendiri ke arah China, negara Matahari Terbit Jepun sedang berunding dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan peluru berpandu kruis Tomahawk.

Rundingan di antara Jepun dengan Amerika Syarikat tentang perolehan peluru berpandu Tomahawk itu sedang diperingkat akhir.

Tindakan perolehan peluru berpandu Tomahawk itu bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan deterren Tokyo dalam berhadapan dengan ketidakstabilan di rantau Indo-Pasifik akibat sikap agresif tentera China.

Menurut laporan media tempatan, Jepun pernah cuba mendapatkan peluru berpandu Tomahawk pada 2013 ketika Amerika Syarikat ditadbir oleh Presiden Barack Obama tetapi ia tolak kerana bimbang perolehan sistem itu akan menjejaskan hubungan Jepun dengan China dan Korea Selatan.

Sejak daripada 2013, keadaan geo-politik di rantau Indo-Pasifik telah jauh berubah.

Menurut akhbar Jepun, Yomiuri Shimbun, Amerika Syarikat kini lebih positif terhadap permintaan Jepun supaya dibekalkan dengan peluru berpandu Tomahawk bagi membolehkan ia memiliki keupayaan untuk menyerang-balas dan memusnahkan pangkalan-pangkalan pelancaran peluru berpandu pihak musuh.

Tokyo mahu menggunakan peluru berpandu Tomahawk sebagai senjata untuk menyerang-balas musuhnya (counter-strike).

Dilaporkan Jepun mahu memperolehi peluru-peluru berpandu Tomahawk itu menerusi Foreign Military Sales (FMS) oleh Angkatan Tentera Jepun (Japan Self-Defense Force) yang pada ketika ini telah pun memiliki sistem pelancar vertical, Mk -41.

Tidak juga boleh diketepikan bahawa Jepun boleh mengubahsuai kapal-kapal selamnya untuk membolehkan mereka memiliki keupayaan untuk melancarkan peluru-peluru berpandu Tomahawk.

Perolehan peluru-peluru berpandu jarak jauh yang boleh membedil sasaran dengan tepat pada jarak 1200km oleh Jepun amat dialu-alukan oleh pentadbiran Presiden Jo Biden kerana adalah selaras dengan strategi  untuk menghalang perluasan kuasa China menerusi kerjasama dengan sekutu-sekutu di rantau.

Tokyo mahu memperolehi peluru berpandu Tomahawk itu dengan cepat kerana peluru berpandu Type 12 yang sedang dibangunkannya pada ketika ini akan hanya mampu dikerah sekitar tahun 2026.

Daripada sekarang hingga 2024, ia tidak mempunyai peluru berpandu jarak jauh yang mampu menyerang-balas kedudukan musuh sekitarnya.

Tokyo dilaporkan akan menaiktaraf peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan, “Type 12” kepada peluru berpandu kruis jarak jauh bagi membolehkan ia mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sehingga sejauh 1,000km.

Peluru berpandu anti-kapal Type-12 Jepun yang akan dinaiktaraf kepada peluru berpandu kruis jarak jauh.

 

Peluru berpandu Type 12 yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries (MHI) akan dinaiktaraf daripada sekadar peluru berpandu anti-kapal kepada peluru berpandu kruis jarak jauh.

Pada ketika ini, jarak maksima peluru berpandu Type 12 milik Jepun hanya mampu membedil sasaran sejauh 200km.

Tentera Jepun merancang untuk melengkapkan peluru-peluru berpandu Type 12 yang telah dinaiktaraf itu di kapal-kapal perangnya atau pesawat pejuang serta beberapa pulau yang terletak berhampiran dengan China.

Peluru berpandu Type 12 akan menjadi keperluan asas di dalam Strategi Keselamatan Kebangsaan Jepun yang baru.

Walaupun Jepun diperakui sebagai diantara negara yang memiliki angkatan bersenjata paling lengkap, tetapi fokusnya lebih kepada pertahanan (self defemse) negara itu.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Peningkatan kemampuan dan ancaman daripada China dan Korea Utara telah menyebabkan Tokyo berfikir dua kali tentang kemampuannya untuk melaksanakan serangan balas terhadap musuhnya.

Menerusi analisa yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, ia menyatakan bahawa China memiliki kira-kira 1,900 peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh dilancarkan daripada sistem pelancar daratnya.

Manakala rejim Korea Utara pula dilaporkan memiliki sehingga 300 buah peluru berpandu balistik jarak sederhana yang boleh membedil mana-mana lokasi di Jepun. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

AmerikaChinafeaturedJepunTomahawkType-12
Comments (0)
Add Comment