“Tiada Apa Istimewa Tentang Kereta Kebal Leopard 2A6” – Pakar Kereta Kebal Russia

Menurut wakil Uralvagonzavod, sebuah syarikat pembuat kereta kebal dan kereta perisai terbesar di Russia kepada agensi berita Sputnik, tiada teknologi "menakjubkan" yang istimewa dan sensitif telah ditemui dalam kereta kebal Leopard 2A6 yang dikaji oleh mereka itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pakar-pakar kereta kebal Russia di Uralvagonzavod telah melakukan “pembedahan” terhadap kereta kebal Leopard 2A6 yang ditawan mereka daripada Ukraine dan mendapati “tiada apa-apa yang instimewa” tentang kereta kebanggaan Barat itu.
Menurut wakil Uralvagonzavod, sebuah syarikat pembuat kereta kebal dan kereta perisai terbesar di Russia kepada agensi berita Sputnik, tiada teknologi “menakjubkan” yang istimewa dan sensitif telah ditemui dalam kereta kebal Leopard 2A6 yang dikaji oleh mereka itu.
Pakar-pakar daripada syarikat tersebut telah memeriksa kereta kebal Leopard 2A6 buatan Jerman yang, menurut media asing, dibekalkan kepada Ukraine daripada simpanan Angkatan Tentera Jerman kerana kereta kebal itu  tidak dieksport.
Terdapat kemungkinan kewujudan teknologi sensitive di dalam kereta kebal Leopard 2A6 yang dikaji oleh pakar-pakar Uralvagonzavod, namun tiada sebarang teknologi tinggi dan sensitive telah ditemui.
“Penceraian (disassembly) dan analisis oleh jurutera kami terhadap peralatan pertahanan Barat (kereta kebal 2A6) yang dirampas semasa operasi ketenteraan khas tidak mendedahkan sebarang ciri luar biasa dari segi reka bentuk,” kata wakil Uralvagonzavod.
Kereta kebal Leopard 2A6 Ukraine dalam perjalanan ke Moscow. (via Telegram)
Menurut laporan media baru-baru ini, Ukraine dilaporkan telah kehilangan sekitar 40 buah kereta kebal Leopard sejak bermulanya operasi ketenteraan khas Russia pada Februari 2022.
Bagaimanapun media dan sumber-sumber ketenteraan Russia menyatakan bahawa kemusnahan kereta kebal Leopard buatan Jerman dan didermakan kepada Ukraine adalah jauh lebih tinggi berbanding 40 buah sebagaimana yang dilaporkan oleh media Amerika Syarikat itu.
Tentera Russia dilaporkan telah mengaplikasikan taktik dan strategi yang lebih berkesa untuk memusnahkan kereta kebal Leopard sejak hari pertama kereta kebal itu digunakan, dengan kejayaan ketika berhadapan dengan kereta kebal buatan Jerman itu.
Secara khususnya, tentera Rusia telah memusnahkan banyak kereta kebal Leopard 2A6 di kawasan Svatovsk.
 Malah, sebuah kereta kebal Leopard 2A6 berjaya dirampas dan kemudian dipamerkan di Poklonnaya Gora, Moscow, melambangkan pencapaian operasi ketenteraan Russia terhadap kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan oleh Barat.
Terdapat laporan pada Nov lalu menyatakan bahawa kereta kebal Leopard 2A4 milik tentera Ukraine yang berjaya ditawan anggota tentera Russia telah menyertai unit armor tentera Russia dan digunakan di medan peperangan.
(kredit Sputnik)
Video dan gambar menunjukkan anggota tentera Russia mengendalikan kereta kebal Leopard 2A4 buatan Jerman yang ditawan mereka daripada tentera Ukraine — turut telah tersebar di platform media-media sosial.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa tentera Russia bukan sahaja berjaya memusnahkan kereta kebal Leopard milik tentera Ukraine, tetapi ada juga yang dirampas masih berada dalam keadaan baik.
Terdapat juga kereta-kereta kebal Leopard yang masih berkeadaan baik itu dibawa keluar daripada medan pertempuran dan dihantar ke Moscow untuk dikaji oleh pakar-pakar senjata Russia,
Bukan sahaja kereta kebal Leopard buatan Jerman itu terdedah kepada bahaya serangan peluru berpandu anti-kereta kebal tetapi ia juga terdedah kepada ancaman serangan dron-dron terutamanya dron FPV (First Person View) yang banyak digunakan oleh kedua-dua pihak dalam peperangan.
Bagi menangani kemusnahan tinggi yang dialami kereta kebal Leopard milik tentera Ukraine, ia mula melengkapkan kereta kebal itu sistem pertahanan tambahan bagi mempertahankannya daripada serangan dron-dron.
(kredit Sputnik)
Mengikut anggaran, sistem pertahanan terhadap serangan dron-dron itu dianggarkan bernilai US$20,000 (RM87,000), yang memberikan tekanan tinggi terhadap sumber kewangan Ukraine.
Sehingga Oktober tahun ini, tentera Ukraine dilaporkan telah menerima sebanyak 192 buah kereta kebal Leopard daripada beberapa negara Eropah termasuk varian Leopard 1 dan juga varian Leopard 2 yang lebih moden.
Daripada kereta-kereta kebal asing yang dibekalkan kepada Ukraine, kereta kebal Leopard adalah yang paling banyak dibekalkan kepada Kiev berbanding kereta-kereta kebal lain seperti Abrams buatan Amerika Syarikat dan Challenger buatan Britain. — DSA

 
JermanLeopardRussiaUralvagonzavod
Comments (0)
Add Comment