Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Leopard Buatan Jerman Jadi “Mangsa” Tentera Russia di Ukraine

Berikutan kemusnahan dialami oleh kereta-kereta kebal Leopard dibekalkan oleh Jerman dna negara Eropah lain, Timbalan Menteri Luar Ukraine Andii Melnyk telah meminta supaya Kiev dibekalkan dengan lebih banyak kereta kebal Leopard itu termasuklah varian terkininya, Leopard 2A6.

0 3,785

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh satu minggu – 11 hingga 17 Mei – tentera Russia mendakwa ia telah berjaya memusnahkan lima buah kereta kebal Leopard 2A1 yang diperbuat oleh syarikat Krauss-Maffei daripada Jerman.

Selain kereta-kereta kebal Leopard, Kementerian Pertahanan Russia juga mendakwa sebanyak 13 buah kereta perisai, 55 buah pelbagai kenderaan, sistem pelancar roket berganda Grad, 47 buah artilleri di mana 22 buah dibekalkan oleh negara asing telah berjaya dimusnahkan dalam tempoh tersebut.

Selain itu, empat buah helikopter Mi-24 dan 40 buah bot tanpa pemandu milik tentera Ukraine telah berjaya dimusnahkan Russia dalam tempoh itu.

Daripada kereta-kereta kebal asing yang dibekalkan kepada Ukraine, kereta kebal Leopard adalah yang paling banyak dibekalkan kepada Kiev berbanding kereta-kereta kebal lain seperti Abrams buatan Amerika Syarikat dan Challenger buatan Britain.

Sejak daripada tahun lepas, negara-negara seperti Jerman dan bebeberapa negara Eropah yang lain telah membekalkan diantara seratus hingga dua ratus kereta kebal Leopard kepada Ukraine bagi digunakan untuk serangan balas musim bunga terhadap kedudukan tentera Russia.

Leopard

Walaupun serangan balas musim bunga Ukraine pada 2023 itu bermula dengan baik, tetapi ia berhadapan dengan tentangan lebih hebat daripada tentera Russia yang mula mengubah taktik dan strategi mereka.

Perubahan strategi dan taktik oleh tentera Russia menyebabkan banyak di antara kereta-kereta kebal Ukraine yang dibekalkan oleh negara-negara penyumbang seperti Jerman, negara Eropah, Amerika Syarikat dan Britain telah berjaya dimusnahkan oleh tentera Russia.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada pihak yang mengetahui berapa banyak kereta kebal Leopard yang telah dimusnahkan oleh Russia sehingga hari ini.

Bagaimanapun Presiden Russia Vladimir Putin pernah dilaporkan berkata kepada koresponden perang negara itu bahawa Ukraine telah kehilangan lebih daripada 160 buah kereta kebal yang dibekalkan oleh negara-negara asing.

Memandangkan kereta kebal Leopard adalah yang paling banyak dibekalkan kepada Ukraine, maka adalah lojik untuk membuat kesimpulan bahawa banyak daripada kereta kebal yang dimusnahkan oleh Russia adalah kereta kebal Leopard.

Leopard
Beberapa buah kereta kebal Leopard yang musnah di Zaphorizia, Ukraine. 

 

Bagi kereta kebal Abrams pula, tentera Russia menyatakan daripada 31 kereta kebal buatan Amerika Syarikat yang dibekalkan kepada Ukraine, lebih daripada lima buah kereta kebal seberat 70 tan itu telah berjaya dimusnahkan oleh tentera Russia.

Akibat kemusnahan lima daripada kereta kebal Abrams, Amerika Syarikat telah “mengundurkan” kereta kebalnya itu daripada medan peperangan Ukraine berkemungkinan besar bertujuan untuk “menjaga reputasinya.”

Berikutan kemusnahan dialami oleh kereta-kereta kebal Leopard dibekalkan oleh Jerman dna negara Eropah lain, Timbalan Menteri Luar Ukraine Andii Melnyk telah meminta supaya Kiev dibekalkan dengan lebih banyak kereta kebal Leopard itu termasuklah varian terkininya, Leopard 2A6.

Bagaimanapun, varian terkini Leopard 2A6 yang dibekalkan kepada Ukraine turut menerima nasib yang sama.

Tentera Russia dilaporkan telah berjaya menawan kereta kebal paling berkuasa dimiliki oleh Ukraine iaitu kereta kebal Leopard 2A6 buatan Jerman selepas pertempuran sengit di Avdiivka,Ukraine pada April lalu.

Tentera Ukraine dipercayai memiliki 21 buah kereta kebal Leopard 2A6 dengan 18 buah daripada kereta kebal yang dibangunkan oleh syarikat Krauss-Maffei Wegmann dan Rheinmetall itu didermakan oleh Jerman manakala selebihnya pula di berikan oleh Portugal.

Leopard

Bagaimanapun, kebanyakkan daripada kereta kebal Leopard 2A6 yang didermakan kepada tentera Ukraine itu tidak dapat digunakan selepas ia gagal diselenggara dengan  baik dan kekal tersadai di bengkel, sebagaimana didakwa oleh ahli politik kanan Jerman Januari lalu.

Menurut sumber tentera Russia, selepas berjaya menawan dan membawa keluar kereta kebal itu daripada kawasan pertempuran, tentera Russia telah mengangkut kereta kebal dan menghantarnya ke Moscow berkemungkinan untuk tujuan penyelidikan.

Menurut sumber tentera Russia, kereta kebal Leopard 2A6 itu berjaya ditawan selepas platun tentera Russia berjaya melaksanakan serangan hendap sehingga menyebabkan krew kereta kebal Ukraine itu meninggalkan kereta kebal buatan Jerman itu.

Kereta kebal Leopard 2A6 merupakan peningkatan daripada kereta kebal Leopard 2A5.

Peningkatan itu melibatkan perlindungan armor,daya tembakan dan kemampuan peperangan elektronik.

Abrams

Panjang keseluruhan kereta kebal itu adalah 9.97 meter manakala beratnya pula mencecah 62.3 tan, menjadikannya antara kereta kebal utama yang paling berat pernah beroperasi, manakala kuasa enjinnya adalah 1,500 kuasa kuda.

Kereta kebal itu berkemampuan dipandu selaju 75 km sejam manakala radius operasinya adalah 500km.

Ia dilengkapi dengan meriam Rheinmetall 120 mm L/55 bagi membolehkannya menembak kesemua jenis peluru mengikut standard NATO termasuk APFSDS, HEAT dan peluru meriam pelbagai guna.

Kereta kebal Leopard 2A6 itu juga dilengkapi dengan dua laras 7.62 mm MG3A1 mesingan, selain dilengkapi dengan sistem d fire control termasuk laser rangefinder, thermal imaging dan  ballistic computer — DSA. 

 

Comments
Loading...