(VIDEO) Tentera Russia Guna Kereta Kebal Leopard 2A4 Ditawan Dari Tentera Ukraine

(VIDEO) Video menunjukkan anggota tentera Russia mengendalikan kereta kebal Leopard 2A4 buatan Jerman yang ditawan mereka daripada tentera Ukraine -- turut telah tersebar di platform media-media sosial.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Terdapat laporan menyatakan bahawa kereta kebal Leopard 2A4 milik tentera Ukraine yang berjaya ditawan anggota tentera Russia telah menyertai unit armor tentera Russia dan digunakan di medan peperangan.
Video menunjukkan anggota tentera Russia mengendalikan kereta kebal Leopard 2A4 buatan Jerman yang ditawan mereka daripada tentera Ukraine — turut telah tersebar di platform media-media sosial.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa tentera Russia bukan sahaja berjaya memusnahkan kereta kebal Leopard milik tentera Ukraine, tetapi ada juga yang dirampas masih berada dalam keadaan baik.
Terdapat juga kereta-kereta kebal Leopard yang masih berkeadaan baik itu dibawa keluar daripada medan pertempuran dan dihantar ke Moscow untuk dikaji oleh pakar-pakar senjata Russia,
Tentera Ukraine dikatakan telah menerima kira-kira 200 buah kereta kebal Leopard terdiri daripada pelbagai varian yang didermakan oleh beberapa Eropah termasuk Jerman, sejak bermulakan konflik di Ukraine itu.
Bagaimanapun, laporan media baru-baru ini menyatakan bahawa daripada kira-kira 200 buah kereta kebal Leopard yang diterima oleh Ukraine, kira-kira 40 buah daripadanya telah berjaya dimusnahkan oleh tentera Russia menurut laporan media Amerika Syarikat yang memetik data daripada Kementerian Pertahanan Ukraine.

(VIDEO TENTERA RUSSIA MENGOPERASIKAN KERETA KEBAL LEOPARD 2A4 YANG DITAWAN DARI TENTERA UKRAINE)

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa Ukraine telah kehilangan lebih daripada 40 buah kereta kebal Leopard yang didermakannya oleh negara-negara Barat, tetapi mengakuinya secara terbuka kerana tidak mahu moral anggota tenteranya yang berada di barisan hadapan terjejas.
“Kereta kebal Leopard amat berkesan, berkuasa dengan armor yang padu tetapi ia terdedah pada bahaya, malah laporan menyatakan bahawa sejak konflik dengan Russia bermula, sebanyak 40 buah kereta kebal Leopard milik Ukraine telah musnah.”
Bukan sahaja kereta kebal Leopard itu terdedah kepada bahaya serangan peluru berpandu anti-kereta kebal tetapi juga dron-dron terutamanya dron FPV (First Person View) yang banyak digunakan oleh kedua-dua pihak dalam peperangan.
Bagaimanapun media dan sumber-sumber ketenteraan Russia menyatakan bahawa kemusnahan kereta kebal Leopard buatan Jerman dan didermakan kepada Ukraine adalah jauh lebih tinggi berbanding 40 buah sebagaimana yang dilaporkan oleh media Amerika Syarikat itu.
Menurut laporan tentera Russia, tentera Ukraine kehilangan lebih banyak kereta kebal Leopard dalam operasi serangannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini termasuk di wilayah Kursk, yang terletak di dalam Russia.
Kereta kebal Leopard milik Ukraine yang berjaya ditawan oleh tentera Russia dalam perjalanan ke Moscow
Bagi menangani kemusnahan tinggi yang dialami kereta kebal Leopard milik tentera Ukraine, ia mula melengkapkan kereta kebal itu sistem pertahanan tambahan bagi mempertahankannya daripada serangan dron-dron.
Mengikut anggaran, sistem pertahanan terhadap serangan dron-dron itu dianggarkan bernilai US$20,000 (RM87,000), yang memberikan tekanan tinggi terhadap sumber kewangan Ukraine.
Sehingga Oktober tahun ini, tentera Ukraine dilaporkan telah menerima sebanyak 192 buah kereta kebal Leopard daripada beberapa negara Eropah termasuk varian Leopard 1 dan juga varian Leopard 2 yang lebih moden.
Kereta-kereta kebal Leopard milik Ukraine memainkan peranan yang penting dalam strategi keseluruhan tentera negara itu, tetapi pada masa yang sama kehadiran berterusannya di medan peperangan turut membawa risiko yang tinggi.
Laporan menyatakan bahawa kemusnahan kereta-kereta kebal Leopard milik Ukraine itu telah menjejaskan kemampuan kombat tenteranya, sehingga menyebabkan Kiev mengubah strategi keseluruhan tentera Ukraine.
Daripada kereta-kereta kebal asing yang dibekalkan kepada Ukraine, kereta kebal Leopard adalah yang paling banyak dibekalkan kepada Kiev berbanding kereta-kereta kebal lain seperti Abrams buatan Amerika Syarikat dan Challenger buatan Britain.
Anggota tentera Russia bergambar didepan kereta kebal Leopard 2A6 yang berjaya di tawan.
Kereta kebal Leopard dan kereta perisai Bradley yang musnah di Zaphorizia, selatan Ukraine.
Sejak daripada tahun lepas, negara-negara seperti Jerman dan bebeberapa negara Eropah yang lain telah membekalkan diantara seratus hingga dua ratus kereta kebal Leopard kepada Ukraine bagi digunakan untuk serangan balas musim bunga terhadap kedudukan tentera Russia.
Perubahan strategi dan taktik oleh tentera Russia menyebabkan banyak di antara kereta-kereta kebal Ukraine yang dibekalkan oleh negara-negara penyumbang seperti Jerman, negara Eropah, Amerika Syarikat dan Britain telah berjaya dimusnahkan oleh tentera Russia.
Presiden Russia Vladimir Putin pernah dilaporkan berkata kepada koresponden perang negara itu bahawa Ukraine telah kehilangan lebih daripada 160 buah kereta kebal yang dibekalkan oleh negara-negara asing.
Memandangkan kereta kebal Leopard adalah yang paling banyak dibekalkan kepada Ukraine, maka adalah lojik untuk membuat kesimpulan bahawa banyak daripada kereta kebal yang dimusnahkan oleh Russia adalah kereta kebal Leopard. — DSA

 

 

featuredLeopardRussiaUkraine
Comments (0)
Add Comment