Tentera Darat Singapura Pilih Colt IAR Sebagai Mesingan Ringan Baru Untuk Anggotanya

Kesemua unit kombat aktif dan sokongan Tentera Darat Singapura itu akan dilengkapkan dengan mesingan ringan yang baru, Colt Infantry Automatic Rifle (IAR) 6940E-SG.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Singapura akan beralih sepenuhnya kepada mesingan ringan (light machine gun) yang baru pada akhir Julai ini, menurut pengumuman Kementerian Pertahanan republik itu.

Kesemua unit kombat aktif dan sokongan tentera darat republik itu akan dilengkapkan dengan mesingan ringan yang baru, Colt Infantry Automatic Rifle (IAR) 6940E-SG.

Tentera Darat Singapura telah memperkenalkan mesingan ringannya yang baru secara progresif kepada anggotanya bermula pada April lalu bagi menggantikan Section Automatic Weapon (SAW) “Ultimax 100” diperbuat oleh Singapura sendiri yang telah digunakan sejak 1982.

Dibuat oleh syarikat pembuat senjata api Amerika Syarikat, Colt Manufacturing, mesingan ringan yang baru itu telah dinilai dan diperolehi dengan kerjasama agensi Kementerian Pertahanan Singapura, Defence Science and Technology Agency (DSTA).

Mesingan ringan akan senjata bantuan bagi anggota infantri untuk membantu anggota memberikan tembakan suppersive, bagi membolehkannya rakan-rakannya bergerak ke hadapan dengan lebi berkesan.

Colt IAR 5.56mm

 

Pada ketika ini, mesingan ringan Colt IAR yang bakal digunakan oleh anggota tentera darat Singapura itu turut digunakan oleh anggota Kor Marin Tentera Mexico.

Berbanding dengan Ultimax 100 yang digunakan oleh anggota tentera Singapura sebelum ini, mesingan ringan yang baru ini adalah lebih pendek dan lebih ringan, manakala jarak tembakannya adalah lebih jauh.

“Dalam beberapa tahun ini, kami mengenalpasti peningkatan operasi-operasi urban dan keperluan untuk meminimakan kemusnahan kolateral terutamanya apabila anggota tentera kita beroperasi di dalam suasana urban yang kompleks.”

“Selain digunakan dalam suasana pertempuran jarak dekat (close quarter combat), mesingan yang baru (Colt IAR) akan membantu anggota tentera beroperasi dengan lebih berkesan dalam keadaan yang lebih mencabar,” kata pegawai tentera darat Singapura Lt Kol Chan Wen Kai.

“Kami memikirkan kini adalah masa yang tepat untuk tentera darat (Singapura) untuk menggantikan mesingan ringan dengan mesingan ringan baru untuk memenuhi cabaran-cabaran pertempuran yang baru,” kata beliau.

Ultimax 100

 

Selain pertempuran jarak dekat, mesingan ringan yang baru akan membenarkan tentera darat Singapura untuk beroperasi secara lebih berkesan dalam keadaan muka bumi yang konvensional.” kata beliau.

Beliau menggmbarkan mesingan ringan yang baru itu sebagai memberikan “fleksibiliti operasional yang lebih baik kepada anggota tentera.” 

Daripada segi spesifikasinya, mesingan ringan terbaru tentera darat Singapura memiliki panjang di antara 849mm hingga 933mm, menjadikannya 17 peratus lebih pendek berbanding Ultimax 100 yang memiliki panjang 1030mm.

Ia mempunyai berat 4.3kg atau kira-kira 600g lebih ringan berbanding Ultimax 100 yang mempunyai berat 4.9kg.

Mesingan ringan terbaru tentera darat Singapura itu menembak peluru standard NATO 5.56x45mm, dengan jarak tembakan adalah 600 meter berbanding 460 meter bagi mesingan ringan lama digunakannya, Ultimax 100.

Colt IAR 5.56mm

 

Ia boleh melepaskan 1000 tembakan dalam satu minit (1000rpm) berbanding Ultimax 100 sebanyak 600rpm, manakala sistem pandangan red dot (red dot sighting) membolehkannya mencari sasaran dengan lebih cepat dan lebih tepat. 

Ia juga dilengkapi dengan Picatinny Rail — bagi membolehkannya memasang pelbagai aksesori.

“Perolehan Colt IAR sebagai mesingan baru tentera darat Singapura itu adalah sebahagian usaha permodenan Tentera Darat Singapura dan kelengkapannya dalam memenuhi konteks operasinya,” menurut pegawai tenteranya sebagaimana dipetik oleh media tempatan negara itu.  — DSA

 

 

Colt IARfeaturedMesinganSingapura