Tentera China Berlatih Guna Kapal Feri Awam Sebagai Persediaan Tawan Taiwan?

Sebelum ini, tentera China pernah menggunakan kapal-kapal feri tetapi saiznya adalah jauh lebih kecil berbanding latihan terbaru ini yang menggunakan kapal feri awam yang saiznya jauh lebih besar untuk operasi pendaratan di pantai.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Tentera China telah melaksanakan siri latihan pendaratan pantai melibatkan penggunaan buat pertama kali kapal feri awam besar seberat lebih daripada 10,000 tan untuk mengangkut kenderaan-kenderaan tentera dan pelbagai peralatan yang lain.

Sebelum ini, tentera China pernah menggunakan kapal-kapal feri tetapi saiznya adalah jauh lebih kecil berbanding latihan terbaru ini yang menggunakan kapal feri awam yang saiznya jauh lebih besar untuk operasi pendaratan di pantai.

Dalam latihan terbaru, ini ia menggunakan feri awam seberat lebih 10,000 tan dan dimiliki oleh syarikat Bohai Ferry Group.

Menurut laporan oleh Jamestown Foundation yang berpengkalan di Washington D.C, China boleh menggunakan kapal-kapal feri awam yang besar itu untuk mengangkut kenderaan berperisai, anggota tentera dan peralatan lain untuk melakukan pendaratan di Taiwan, jika peperangan meletus di Selat Taiwan.

Ia berkemampuan membantu sebarang operasi tentera.

Menurutnya, kapal RORO (Roll-On Roll Off) boleh digunakan oleh sebarang operasi tentera kerana ia berpotensi untuk memberikan kemampuan tentera yang berkesan.

Kajian oleh Jamestown Foundation itu juga berkata, walaupun China telah pun meningkatkan kemampuan pendaratan di pantai (beach landing capabilities),termasuk mentauliahkan kapal amphibious assault ship Type 075, tetapi ia masih berhadapan dengan masalah kekurangan kapal untuk melakukan operasi pendaratan pantai secara besar-besaran.

Ini menimbulkan persoalan sama ada China mampu untuk menunaikan ancamannnya untuk menakluk kembali Taiwan, yang masih dianggap sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Bagaimanapun penggunaan kapal feri awam RORO, sebagaimana yang dilakukannya dalam latihan baru-baru ini mungkin telah memberikannya jalan penyelesaian untuk melakukan operasi pendaratan pantai secara besar-besaran.

Jika latihan itu mencapai objektifnya, kita akan melihat China bakal menggunakan lebih banyak kapal-kapal feri awam yang besar dalam latihan pendaratan pantai akan datang, sebagai persediannya untuk menawan Taiwan.

DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaFeri AwamTaiwan