Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Kerah Kapal “Ganggu” Operasi Cari Gali Minyak Syarikat Russia Di Laut Natuna

50 peratus daripada hak milik di blok itu adalah milik syarikat Russia, Zarubezhneft.

0 6,220

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal pengawal pantai China dikesan menganggu operasi carigali minyak oleh syarikat Harbour Energy di Blok Tuna yang terletak di Laut Natuna milik Indonesia.

50 peratus daripada hak milik di blok itu adalah milik syarikat Russia, Zarubezhneft.

Sejak kerja-kerja cari gali minyak dilakukan oleh drillship, Noble Clyde Boudreaux bermula pada Julai lepas, China telah mengerahkan sebuah kapal pengawal pantainya, Haijing 5202 untuk menghampiri kapal pengorek minyak itu.

“Kapal pengawal pantai Haijing 5202 dilaporkan berada tiga batu nautika daripada lokasi pengerudian itu. Pihak berkuasa Indonesia bertindak balas dengan menghantar sebuah kapal tentera lautnya, korvet KRI John Lie untuk ‘shadow’ kapal pengawal pantai China itu,” menurut laporan portal tenaga antarabangsa.

Walaupun China menghantar kapal pengawal pantainya ke blok minyak yang terletak di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Indonesia, tetapi ia tidak menganggu operasi cari gali minyak di Blok Tuna itu.

Clyde
Kredit Duan Dang

 

Blok Tuna itu terletak di kawasan perairan yang turut dituntut oleh China di bawah garisan “Nine Dash Line”, yang tidak diiktiraf oleh pihak antarabangsa termasuk United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS).

Blok Tuna itu terletak hanya kira-kira 10 batu nautika daripada sempadan laut Indonesia dan Vietnam.

Apa yang menarik dengan apa yang sedang berlaku di Blok Tuna adalah ketegasan China menghantar kapal-kapal pengawal pantainya walaupun ia melibatkan syarikat Russia dan berkemungkinan tindakannya itu boleh menyebabkan ketegangan hubungannya dengan Moscow.

Russia dan China mempunyai hubungan strategic yang amat baik, tetapi ia tidak menghalang Beijing daripada “menganggu” pelaburan minyak dan gas negara itu di Laut China Selatan.

Tahun lepas, akibat daripada tekanan daripada China, syarikat minyak dan gas Russia iaitu Rosneft juga terpaksa membatalkan kerja-kerja pengalian minyak di Blok 06-01 di luar pantai Vietnam.

Clyde

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...