Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera China Lancar Peluru Berpandu Taktikal Jarak Dekat “Versi Baru”

Menurut media-media China, tentera negara itu melakukan dua pelancaran peluru berpandu terbabit dalam latihan itu.

0 716

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Tentera China telah melakukan latihan di kawasan padang pasir di utara negara itu melibatkan penembakan peluru berpandu taktikal jarak dekat dipercayai versi terbaharu “DF-15” terhadap “sasaran musuh” yang dilindungi dengan pelbagai lapisan (multi-layer) sistem pertahanan udara.

Menurut media-media China, tentera negara itu melakukan dua pelancaran peluru berpandu terbabit dalam latihan itu.

“Kedua-dua peluru berpandu jarak dekat itu berjaya mengenai sasaran walaupun sasaran itu dilindungi dengan sistem pertahanan udara. Ini bermakna peluru berpandu itu boleh melumpuhkan sistem pertahanan musuh dan memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara termasuk Taiwan,” kata pemerhati.

Beijing tetap menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Menurut laporan oleh China Central Television (CCTV), kedua-dua peluru berpandu itu mengenai sasarannya yang terletak ratusan kilometer jauh, walaupun dilindungi dengan electromagnetic jamming dan sistem pertahanan udara.

DF-15
Pelancaran peluru berpandu DF-15.

 

China melaksanakan latihan peluru berpandu ketika Amerika Syarikat dan sekutunya seperti Britain, Australia, Jepun dan India sedang melakukan latihan besar-besaran dipanggil “Large Scale Global Exercise 21 (LSGE21)” di Pasifik Barat.

Ia adalah latihan tentera terbesar dalam tempoh empat dekad di rantau Indo-Pasifik.

“Large Scale Global Exercise 21 akan melibatkan pasukan-pasukan tentera daripada Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Laut dan Tentera Udara serta Kor Marin, bersama –sama Tentera British, Australia dan Jepun.”

Sekurang-kurangnya 36 kapal laut daripada kapal pengangkut pesawat dan kapal selam Amerika Syarikat dan sekutunya akan terlibat dalam latihan itu.

Peluru berpandu jarak dekat DF-15 itu yang bergerak menggunakan kenderaannya sendiri itu mempunyai jarak effektif di antara 600km hingga 900km.

DF-15

Setiap peluru berpandu DF-15 itu mampu membawa peledak konvensional seberat diantara 500kg hingga 750kg dan direkabentuk untuk melakukan serangan terhadap Taiwan, Semenanjung Korea atau utara India.

Peluru berpandu DF-15 itu dibangunkan oleh Academy of Launch Technology (ALT) pada pertengahan 1980-an, tetapi telah menjalani beberapa naik taraf bagi memastikan ia terus memainkan peranannya dalam Angkatan Tentera China.

Menurut missilethreat.csis.org, pada 2009 China dipercayai memiliki lebih daripada 400 peluru berpandu DF-15.

DF-15
Impak peluru berpandu DF-15

DF-15

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...