Akhirnya, Thailand “Terpaksa” Guna Enjin Buatan China Pada Kapal Selamnya
Akhirnya, Thailand berkemungkinan terpaksa menggunakan enjin buatan China pada kapal-kapal selam kelas-Yuan S26T yang bakal diperolehinya daripada Beijing selepas pengeluar enjin Jerman berkeras enggan membenarkan enjinnya digunakan pada kapal-kapal selam yang dijual China kepada Bangkok itu.