Selepas Insiden di Pahalgam, “Gendang Perang” Semakin Kuat Kedengaran di Antara Pakistan-India
Pakistan telah mengeluarkan arahan larangan terbang (Notice to Airmen – NOTAM) di Laut Arab dan memberi amaran akan melaksanakan latihan tembakan menggunakan peluru hidup di kawasan perairan tersebut, pada ketika ketegangan di antara Islamabad dan New Delhi memuncak akibat insiden di Pahalgam di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang.