Pentadbiran Biden, Kongres Amerika Terus “Bercakaran” Penjualan F-16 Pada Turkiye
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Jo Biden dan pihak Kongres negara itu terus “bercakaran” sesama sendiri tentang persoalan sama ada mereka perlu melayan permintaan Turkiye untuk membeli 40 buah pesawat pejuang F-16 Block 70 dan 80 kit pemodenan pesawat F-16 yang dianggarkan bernilai US$20 bilion (RM80 bilion).