Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika kerah 15 Ribu Tentera Kawal Washington, Elak “Diserang” Trump

0 434

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat mengerah kira-kira 15,000 anggota tentera bersenjata National Guard ke beberapa lokasi di Washington D.C untuk mengawal keselamatan bandaraya itu ketika upacara mengangkat sumpah bakal Presiden Jo Biden pada 19 Januari nanti.

Penambahan anggota tentera National Guard itu juga untuk memastikan bangunan Capitol yang menjadi lokasi mengangkat sumpah pada 19 Januari itu tidak “dibolosi” sekali lagi oleh penyokong-penyokong Donald Trump, sebagaimana yang berlaku minggu lepas.

capitol

Kejayaan penyokong Trump membolosi perimeter keselamatan bangunan Capitol minggu lepas yang dikawal oleh polis menerima kecaman ramai, dengan ketua polis capitol itu telah meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kelemahan kawalan keselamatan.

Empat orang terbunuh dalam kejadian pencerobohan bangunan Capitol minggu lepas itu dan semalam gambar-gambar kehadiran ribuan anggota National Guard di bangunan yang menjadi simbol demokrasi dan kebebasan Amerika Syarikat tersebar menggambarkan bahawa negara itu tidak mahu peristiwa minggu lepas yang “memalukan” negara kuasa negara itu daripada berulang.

capitol

Bangunan Capitol itu amat penting kerana ia adalah tempat di mana kongress negara itu bersidang, merangka pelbagai undang-undang.

Selain mengawal bangunan Capitol, anggota tentera National Guard itu juga berjaga-jaga terhadap sebarang usaha mencetus kacau-bilau di bandar Washington ketika upacara mengangkat sumpah itu.

Menurut pemerhati, pada ketika ini bilangan anggota tentera Amerika Syarikat di Washington D.C adalah lebih banyak daripada kawasan-kawasan konflik seperti di Iraq atau Afghanistan.

15 ribu tentera Amerika di Washington D.C sekurangnya tiga kali ganda lebih banyak daripada jumlah anggota tenteranya di Iraq dan Afghanistan.

Betapa ironi…

capitol

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...