Browsing tag

Iran

[Video] Ejen Mossad Israel Bunuh “Bapa Pembangunan Senjata Nuklear” Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam insiden yang bakal mendekatkan lagi konflik bersenjata diantara Israel-Iran-Amerika Syarikat, ejen-ejen Mossad telah membunuh saintis nuklear Iran, Dr Mohsen Fakhrizadeh Mahabadi yang dianggap sebagai “bapa pembangunan senjata nuklear Iran” di Teheran. Dr Mohsen yang mengetuai bahagian penyelidikan di Kementerian Pertahanan Iran dibunuh ketika berada di dalam kereta di Persian […]

Perang Proksi Saudi–Iran, Risiko Gangguan Berpanjangan Bekalan Minyak, Tenaga Dunia

Oleh Jim Kari (DEFENCE SECURITY ASIA) — Dua hari lepas, pemberontak Houthi dari Yaman (yang merupakan proksi Iran) melancarkan satu lagi serangan ke atas aset penting minyak dan gas Arab Saudi. Kali ini, mereka melancarkan peluru berpandu untuk membedil loji terminal agihan pukal simpanan produk minyak (petroleum products distribution plant terminal) milik syarikat minyak kebangsaan […]

[Video] Iran Dedah Kapal Pelbagai Guna/Perisikan “Shahid Roudaki”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Pengawal Revolusi Iran secara rasmi menampilkan kapal pelbagai guna dan perisikan “Shahid Roudaki” yang dilengkapi dengan helikopter, bot-bot penyerang laju, peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV). Kapal sepanjang hampir 150 meter dan seberat lebih 4,000 tan itu mengambil nama sempena bekas komander Kor Pengawal Revolusi Iran yang mati dibunuh. […]

Ejen Israel Bunuh Pemimpin No. 2 Al-Qaeda di Teheran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ejen-ejen perisikan Israel dipercayai telah membunuh pemimpin nombor dua Al-Qaeda dikenali dengan nama “Abu Muhammad Al-Masri” di tengah-tengah bandaraya Teheran, Iran pada Ogos lepas. Menurut akhbar The New York Times, dua orang pembunuh menaiki sebuah motosikal membunuh beliau dan anak perempuannya, Miriam pada 7 Ogos lepas, hari yang sama sambutan kejadian […]

Iran Kerah 200 Kereta Kebal Ke Sempadan Azerbaijan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Adakah rejim Syiah Iran bakal terjebak dalam peperangan di Nagorno-Karabakh? Kemungkinan ini tidak boleh ditolak berikutan laporan negara Timur Tengah itu telah mengerahkan kira-kira 200 kereta kebal dan kereta perisai serta peralatan tentera yang lain ke sempadannya dengan Azerbaijan, sebuah lagi negara Syiah. Sejak beberapa hari lepas, media tempatan di Iran […]

Iran Bermain “Api” Dalam Isu Nagorno-Karabakh

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Walaupun konflik di Nagorno Karabakh di atas kertas membabitkan Azerbaijan dan Armenia serta Turki dan Russia, tetapi adalah satu lagi “pemain” yang turut memainkan peranannya dibelakang tabir. “Pemain” atau negara yang dimaksudkan itu adalah Iran, yang memerhati dengan penuh minat terhadap perkembangan yang berlaku di Nagorno Karabakh itu. Tiga hari pertempuran […]

Iran Cabar Amerika di Selat Hormuz

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lepas, Iran telah mengerahkan beberapa buah bot lajunya dan pesawat tanpa pemandu (UAV) untuk memantau (shadow) USS Nimitz Carrier Strike Group yang sedang melalui Selat Hormuz. Tentera Amerika Syarikat dan presidennya Donald Trump menganggap tindakan Iran itu amat berbahaya dan merupakan suatu provokasi. Malah insiden itu telah membuatkan Trump […]