[VIDEO] Bimbang Diserang Dron Berani Mati Iran, Israel Letak “Iron Dome” Atas Kapal

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Israel telah meletakkan sistem peluru berpandu pertahanan udara “Iron Dome” miliknya di bahagian belakang kapal korvet kelas Sa’ar 5, “Lahav” Tentera Laut Israel.

Keputusan meletakkan peluru berpandu “Iron Dome” di atas kapal-kapal Tentera Laut Israel itu berlaku ketika laporan media mengatakan Iran telah membekalkan pemberontak “Houthi” di Yemen dengan dron-dron berani mati yang mampu sampai ke Israel.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Tentera Laut Israel memiliki tiga buah kapal korvet kelas Sa’ar 5 yang dibelinya daripada Amerika Syarikat pada 1990-an dan kini sedang membangunkan kapal-kapal korvet Sa’ar 6 yang diintegrasikan dengan peluru berpandu pertahanan udara “Iron Dome”.

Sistem peluru berpandu pertahanan udara “Iron Dome” yang dibangunkan oleh syarikat Israel, Rafael Advance Defence System boleh menembak jatuh sasaran sama ada peluru artillery, roket, peluru berpandu atau pesawat musuh daripada 70km jauhnya. Tentera Israel mula mengoperasikan sistem pertahanan udara itu pada 2011.

Sejak dioperasikan pada 2011, Israel telah melancarkan kira-kira 2,000 peluru berpandu “Iron Dome” dengan peratusan kejayaan adalah sekitar 90 peratus terutamanya terhadap roket-roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin.

Minggu lepas, Iran dikatakan telah membekalkan dron-dron berani mati dikenali dengan nama “Shahed-136” kepada pemberontak Houthi yang disokongnya. Dron-dron berani yang berkeupayaan terbang sejauh 2,000km  itu dilapor diletak di utara Yemen di Al-Jawf.

Media Israel melaporkan bahawa tentera negara itu telah meletakkan sistem-sistem pelancar peluru berpandu “Iron Dome” dan “Patriot” di bandar pelancongan Eilat yang terletak di pesisir pantai Laut Merah dan hanya kira-kira 1,800km daripada Yemen.

Selain di Eilat, tentera Israel juga meletakkan sistem-sistem “Iron Dome” dan “Patriot” di sempadannya bersama Lubnan dan Syria.

Kapal korvet kelas Sa’ar 5, “Lahav”.

— DEFENCE SECURITY ASIA

HouthiIranIron DomeIsraelShahed-136
Comments (0)
Add Comment