Tentera Iran Mula Terima Kereta Kebal Soleiman-402, Dinaiktaraf daripada M-60 Patton Buatan Amerika
Tentera Iran telah mula menerima kereta kebal utama (MBT) Soleiman-402 yang dibangunkan hasil daripada program pemodenan menyeluruh terhadap kereta-kereta kebal M60 Patton yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepadanya pada tahun-tahun 1970-an.