Pesawat Pejuang Rafale Diibarat “Goreng Pisang Panas” di Negara Teluk
Keengganan Amerika Syarikat menjual F-35 kepada negara-negara Teluk yang kaya-raya serta veto Jerman terhadap penjualan Eurofighter Typhoon nampaknya telah “memberikan peluang” kepada syarikat Dassault Aviation daripada Perancis yang membangunkan Rafale untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya di rantau itu.