Juruterbang F-35A Itali “Ketakutan” Hadapi Serangan Sistem EW “Khibiny” Su-30SM Russia
Sistem pengesanan dan amaran pesawat pejuang generasi kelima F-35 milik Tentera Udara Itali dilaporkan “gagal berfungsi” selepas ia diasak dengan serangan sistem Peperangan Elektronik (EW) milik pesawat pejuang Su-30SM Russia ketika pesawat negara anggota NATO itu melakukan rondaan di perairan Baltik tidak lama selepas konflik di Ukraine tercetus.