Pesawat Tentera Amerika Lakukan 1,000 Penerbangan Intipan Di Laut China Selatan Tahun Lepas
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sepanjang tahun lepas (2020), tentera Amerika Syarikat dikesan melakukan kira-kira 1,000 penerbangan peninjauan dan pengintipan di Laut China Selatan, menurut laporan yang disediakan oleh badan bukan kerajaan China.
Dalam laporan bertajuk “An Incomplete Report on US Military Operations in the South China Sea in 2020,” badan bukan kerajaan itu South China Sea Probing Initiative berkata, penerbangan itu dilakukan daripada beberapa pangkalan udara.