[VIDEO] Malaysia Bakal Terima 12 Buah Lagi UAV “ScanEagle” Daripada Amerika Syarikat

Pesawat-pesawat tanpa pemandu buatan syarikat Insitu diberikan kepada Malaysia dibawah program Maritime Security Initiatives (MSI) anjuran kerajaan Amerika Syarikat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat akan menyerahkan 12 buah lagi pesawat tanpa pemandu (UAV) “ScanEagle” kepada Malaysia diantara pertengahan tahun ini sehingga awal tahun depan.

Menurut Atase Kanan Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Kapten Muhammad Muzzafar Feroze Khan dilaporkan berkata oleh media bahawa ia adalah penambahan kepada enam buah UAV  ScanEagle yang telah diserahkan kepada Malaysia pada tahun lepas.

Pesawat-pesawat UAV “ScanEagle” buatan anak syarikat Boeing iaitu Insitu diberikan kepada Malaysia bersama-sama peralatan sokongannya dibawah program “Maritime Security Initiative” (MSI) anjuran kerajaan Amerika Syarikat.

Sementara itu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany telah melancarkan  Skuadron 601 iaitu Skuadron Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) ScanEagle di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu hari ini. Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Atase Kanan Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany telah melancarkan  Skuadron 601 di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu hari ini. (gambar oleh TLDM)

 

Menurut Mohd Reza, bagi tahun pertama UAV ScanEagle akan beroperasi di daratan sebagai fasa latihan kepada pengendali untuk memahirkan diri dalam sistem tersebut sebelum ditempatkan di atas kapal-kapal TLDM.

“Untuk satu tahun pertama ini, kita mahu mencapai kompetensi dan profesiansi dahulu sebelum membuat penugasan untuk operasi sebenar,” katanya.

UAV ScanEagle adalah pesawat tanpa pemandu buatan syarikat Boeing-Insitu.

Ia dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia melalui program Maritime Security Initiative dan mula diterima oleh TLDM pada 6 Mei tahun lalu.

Ia terdiri daripada enam pesawat, dua pelancar (launcher), dua skyhook dan tiga ground control station.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan pada May 2019, ia berkata, syarikat Insitu dianugerahkan kontrak bernilai US$48 juta untuk membekalkan 48 ScanEagle kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Ok kemampuan ScanEagle adalah, flight endurance adalah kira-kira 20 jam manakala jarak operasi sejauh 100km.

Pesawat Tanpa Pemandu “ScanEagle”. (gambar oleh TLDM)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Amerika SyarikatBoeingInsituMalaysiaMaritime Security InitiativeUAV ScanEagle
Comments (0)
Add Comment