Tentera Darat Terima Helikopter Tempur Ringan MD-530G Pada Ogos Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penantian selama beberapa tahun untuk melihat helikopter tempur ringan (armed scout attack helicopter) jenis MD-530G berada di negara ini bakal berakhir apabila Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima aset terbarunya itu Ogos ini.

Perkara itu didedahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang berkata Tentera Darat Malaysia bakal menerima enam buah helikopter jenis MD-530G bernilai RM321.9 juta pada Ogos tahun ini.

Helikopter tempur ringan jenis MD-530G

Helikopter buatan MD Helicopters berkenaan masih berada di Arizona, Amerika Syarikat manakala segala perjanjian dan persijilan termasuk perjanjian persefahaman (MOU) telah diluluskan.

“Helikopter MD-530G ini telah melalui proses ujian kelayakan udara, dan pihak saya telah pergi ke sana (Arizona) melihat ujian itu telah diluluskan. Selepas kesemua ujian terhadap helikopter berjalan dengan selamat, enam buah itu akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos tahun ini. Kini fasa seterusnya, pihak saya akan ke Arizona sekali lagi untuk membuat pemeriksaan prapenghantaran (PDI) dan seterusnya kami akan melakukan latihan,” katanya

Helikopter tempur ringan jenis MD-530G

Panglima Tentera Darat itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif sempena Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Zamrose berkata aset itu akan memberi impak kepada operasi tentera darat

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Amerika SyarikatATMMalaysiaMD-530
Comments (0)
Add Comment