“Kita Tidak Cannibalise Sukhoi Su-30MKM Untuk Alat Ganti” – Adly Zahari
Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk “cannibalise” pesawat Sukhoi Su-30MKM sedia ada bagi memastikan pesawat pejuang buatan Russia itu yang lain mempunyai alat ganti yang mencukupi untuk “terbang” dan menjalankan tugasnya dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.