Sultan Johor Kurnia Bot Rigid Inflatable Boat Kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK)

Pengurniaan bot bernilai RM1.2 juta dengan enjin berkapasiti 600 kuasa kuda itu adalah bertujuan untuk membantu 21 GGK dalam melaksanakan penugasan dan tanggungjawab mereka.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK).

Pengurniaan bot bernilai RM1.2 juta dengan enjin berkapasiti 600 kuasa kuda itu adalah bertujuan untuk membantu 21 GGK dalam melaksanakan penugasan dan tanggungjawab mereka.

Majlis pengurniaan Bot Tornado kepada 21 GGK telah disempurnakan oleh Baginda Tuanku Sultan yang juga Kolonel Komandan Gerak Khas.

Penyerahan kunci bot berkenaan secara simbolik disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor kepada Panglima 21 GGK Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi.

Majlis berlangsung di Skuadron Perahu Khas, Rejimen 22 Komando, Kem Iskandar, Mersing.

Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi berkata, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga Kolonel Komandan GGK amat memahami keperluan pasukan.

Selain DYMM Sultan Johor amat menitikberatkan aset serta kelengkapan pasukan, Baginda juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa GGK serta sentiasa berkenan meluangkan masa melawat Kem Iskandar.

“Patik mewakili pasukan GGK menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Sultan Johor di atas pengurniaan bot ini, di mana ia merupakan aset penting dalam Rejimen 22 Komando dan juga satu keperluan.

“Dengan harga yang kompetitif, saya juga dapat memenuhkan pegangan perjawatan untuk Rejimen 22 Komando,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin, berkata pengurniaan bot berkuasa tinggi itu juga dapat meringankan beban latihan pasukan GGK.

“Aset ini akan digunakan sebaik mungkin dalam gerakan dan juga latihan pasukan,” katanya.

Segala berita dan gambar adalah kredit Page Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

— DEFENCE SECURITY ASIA

BotGrup Gerak KhasJohorRHIBSultan Ibrahim Sultan Iskandar