Tentera Darat Guna Submesingan Beretta PMX 9mm

Tentera Darat telah menerima 11 laras submesingan Beretta PMX  9x19mm (9mm  yang direkabantuk dan dibangunkan oleh firma pembuat senjata Itali, Beretta bersama-sama aksesorinya termasuk silencer.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menerusi gambar yang disiarkan oleh akaun Facebook Tentera Darat hari ini, ia menyatakan bahawa Tentera Darat telah menerima beberapa aset baru hari ini.

Antara aset-aset yang diterima oleh tentera darat hari ini adalah sebuah Tactical Mobility Support System (TMSS) dibekalkan oleh Dwi Makna Sdn Bhd dan  sebuah Outreach Command Center Vehicle (OCCV) yang dibekalkan oleh DEFTECH Sdn Bhd.

Tentera Darat juga menerima 160 unit Night Vision Weapon Sight (NVWS) dan 126 Non-Lethal Restraint untuk kegunaan operasinya.

Namun apa yang menariknya adalah foto yang menunjukkan bahawa Tentera Darat turut menerima beberapa unit Submesingan yang percayai akan digunakan oleh anggota Grup Gerak Khas (GGK) pada 2022.

Daripada gambar yang dipaparkan itu, Tentera Darat telah menerima 11 laras submesingan Beretta PMX  9x19mm (9mm  yang direkabantuk dan dibangunkan oleh firma pembuat senjata Itali, Beretta bersama-sama aksesorinya termasuk silencer.

Berat submesingan itu adalah kira-kira 2.4kg tanpa magazin disebabkan ia banyak menggunakan bahan bahan polymer yang ringan dan lasak. Berat panjang pesawat itu adalah 640mm.

Berkemampuan menembak 900 peluru dalam seminit, submesingan itu dijangka akan digunakan oleh anggota pasukan khas Tentera Darat.

Baru-baru ini, diumumkan bahawa Tentera Darat Arab Saudi akan melengkapkan pasukan Royal Guard negara itu dengan kira-kira 3,600 senjata submesingan Beretta PMX berikutan masalah keselamatan serantau yang dihadapinya.

Penerimaan aset baharu ini bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan yang memberi penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TD berada di tahap terbaik untuk sebarang atur gerak operasi.

Tentera Darat

 

Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Hj Abdul Aziz Samsi@Hj Shamsudin dan pegawai kanan TD.

Penerimaan aset baharu ini bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan yang memberi penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TD berada di tahap terbaik untuk sebarang atur gerak operasi.-” — DSA

 

 

 

BerettafeaturedGerak KhasPeswatPMXSubmesinganTerbang perlahan
Comments (0)
Add Comment