Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenapa Russia Tidak Kerah Kereta Kebal Termodennya, T-14 Armata Ke Ukraine?

Peperangan antara Russia dan Ukraine telah menyebabkan sekatan ekonomi lebih ketat dikenakan terhadap Russia dan ia telah memberikan kesan yang lebih perit kepada kemampuan syarikat Uralvagonzavod untuk menghasilkan kereta kebal T-14 Armata.

0 5,359

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta kebal T-14 Armata adalah kereta kebal terbaru dan paling canggih Russia,  tetapi apa yang pelik adalah mengapa Moscow tidak mengerahkan kereta kebal termodennya itu ke Ukraine, dimana kehadirannya amat-amat diperlukan.

Setakat ini, kereta kebal T-14 Armata tidak mempunyai sebarang peranan dalam konflik di Ukraine. Mengapa?

Salah satu sebab mengapa Russia tidak mengerah kereta kebal tercanggihnya itu ke Ukraine adalah kerana ia tidak mempunyai bilangan kereta kebal T-14 Armata yang mencukupi untuk dikerah ke negara jirannya itu.

T-14 Armata

Sebenarnya syarikat pembuat kereta kebal Armata itu, Uralvagonzavod sepatutnya memulakan produksi bersiri kereta kebal itu pada 2018 tetapi disebabkan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh negara Barat, ia tidak dapat melakukannya.

Syarikat sepatutnya menyerahkan kira-kira 80 buah Armata kepada Tentera Russia pada akhir tahun ini.

Bagaimanapun, berikutan peperangan antara Russia dan Ukraine yang menyebabkan sekatan ekonomi lebih ketat dikenakan terhadap Russia, ia telah memberikan kesan yang lebih perit kepada kemampuan syarikat Uralvagonzavod untuk menghasilkan kereta kebal Armata.

Penganalisis Barat mendakwa kereta kebal T-14 Armata yang memiliki rekabentuk seperti kereta kebal Barat itu turut menggunakan bahan dan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat Barat.

T-14 Armata
Perbandingan antara kereta kebal T-14 Armata (kiri) dan T-90 (kanan).

 

Sekatan ekonomi yang lebih ketat oleh negara Barat memungkinkan kesukaran di pihak Russia untuk mengimport bahan dan teknologi Barat yang digunakan dalam pembikinan kereta kebal T-14 Armata itu.

Akibat sekatan Barat, produksi kereta kebal termoden Russia itu dihentikan dengan serta merta manakala pengeluaran kereta kebal T-72 dan T-90 dikurangkan dengan mendadak.

Akibat sekatan ekonomi ketat oleh Barat, syarikat itu berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan kereta kebal terutamanya Armata.

Sebab itulah, kita tidak nampak sebarang kelibat kereta kebal T-14 Armata di Ukraine.

T-14 Armata

Syarikat Uralvagonzavod yang berpengkalan di Nizhny Tagil merupakan syarikat pembuat kereta kebal terbesar di dunia dan telah wujud sejak zaman Josef Stalin.

Sebalik tugasan menggempur kedudukan tentera Ukraine itu diserahkan kepada kereta-kereta kebal T-72 yang sebagaimana dapat dilihat, tidak mampu menahan bedilan peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” serta NLAW.

Menurut maklumat daripada tentera Ukraine, ia telah berjaya memusnahkan lebih daripada 700 buah kereta kebal T-72 milik Russia.

Kegagalan tentera Russia menampilkan kereta kebal termodennya, Armata di Ukraine dan terpaksa bergantung kepada T-72 dan T-90 merupakan suatu yang amat dialu-alukan oleh Kiev serta negara-negara Barat.

T-14 Armata

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ini kerana negara-negara Barat sememangnya amat gerun dengan kemampuan Armata.

T-14 Armata menggerunkan pihak Barat kerana ia memiliki teknologi yang terkini, armor yang lebih berat dan kukuh, meriam 125mm tanpa pengendali (unmanned turret), pendigitalan operasi dan pelbagai kelebihan lain.

Kereta kebal terbaru Russia itu dikatakan jauh lebih baik daripada kebanyakkan kereta kebal utama negara Barat.

Menurut laporan pada 2016, komander-komander NATO bimbang kereta kebal T-14 Armata boleh menghancurkan kedudukan mereka terutamanya di timur Eropah dan negara-negara Baltik.

Sebab itulah ketiadaan Armata di medan peperangan di Ukraine merupakan suatu berita baik pada Ukraine. — DSA

Comments
Loading...