Tiada Tindakan SPRM Terhadap Dakwaan Rasuah, Lewat Hantar Heli MD530G

Dipetik sebagai berkata oleh portal berita Free Malaysia today hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPRM telah selesai menjalankan siasatan terhadap perkara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan rasuah berhubung pembelian dan kelewatan penghantaran enam helikopter tempur ringan MD530G bernilai lebih RM300 juta.

Dipetik sebagai berkata oleh portal berita Free Malaysia today hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPRM telah selesai menjalankan siasatan terhadap perkara itu.

“Berdasarkan kepada kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan atas kesalahan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana individu bagi isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).

Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan MD530G. (credit MD Helicopters)

 

Pada Jun 2019, Kementerian Pertahanan membuat satu laporan kepada SPRM berhubung pembelian enam helikopter itu pada 2016, yang belum diterimanya ketika itu.

Bernama melaporkan helikopter tempur ringan McDonnell Douglas MD530G sepatutnya dihantar dalam dua fasa, dengan dua daripada pada Julai 2017 dan selebihnya pada Disember 2018.

Pada Februari lepas, selepas menunggu selama enam tahun keenam-enam buah helikopter penyerang ringan MD530G buatan syarikat MD Helicopter daripada Amerika Syarikat telah selamat tiba di Malaysia.

Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) telah dianugerahkan kontrak penghantaran helikopter itu, bernilai RM321 juta, oleh Kementerian Pertahanan pada 2015.

Pada 2017, Destini Group memperoleh 70 peratus kepentingan ekuiti dalam HOSB melalui anak syarikat milik penuhnya Destini Prima Sdn Bhd.

Malaysia membeli enam buah helikopter penyerang ringan bernilai RM321 juta pada 2016 sebagai reaksi terhadap insiden pencerobohan kumpulan bersenjata daripada selatan Filipina di Lahad Datu pada 2013.

Keenam-enam helikopter tempur ringan itu akan dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan ditempatkan di pangkalan PUTD di Kluang serta di ESSCOM di Pantai Timur Sabah.

Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas.

Keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Dua buah helikopter MD530G pada latihan kuasa tembak baru-baru ini. (kredit tentera darat)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided).

Helikopter penyerang ringan MD530G itu memberikan kemampuan close-in support pada waktu malam  atau siang selain kemampuan pemantauan serta pengawasan. — DSA

 

featuredHelikopterMD530GPUTDSPRM
Comments (0)
Add Comment