Pesawat F-16 Singapura Tampil Lebih “Garang” Selepas Naik Taraf

Tentera Udara Singapura memiliki 62 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 52, dengan 14 daripada pesawat itu ditempatkan di Luke Air Force Base di Arizona, Amerika Syarikat manakala 48 buah pesawat ditempatkan di pangkalan udara dalam negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah dinaiktaraf bagi meningkatkan lagi kemampuannya dan memastikan ia dapat terus berkhidmat dengan republik itu sehingga pertengahan 2030-an, menurut Kementerian Pertahanan Singapura.

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-16 Singapura itu dianggarkan bernilai US$2.4 bilion (RM10.8 bilion).

Diantara kemampuan yang terbaru pesawat-pesawat pejuang F-16 C/D/D+  itu adalah radar Active Electronically Scanned Array (AESA) AN/APG-83 SABR (Scalable Agile Beam Radar) dibangunkan oleh Northrop Grumman bagi membolehkan ia menjejak dan memusnahkan sasaran daripada jarak yang lebih jauh dan dalam semua jenis keadaan cuaca.

Selain itu, pesawat-pesawat pejuang itu dilengkapi dengan kemampuan serangan darat dipertingkatkan bagi membolehkan ia menangani sasaran dengan peluru-peluru pintar (precision guided munitions).

Pada 2019, Singapura mengumumkan bahawa ia akan memperolehi empat buah pesawat pejuang generasi kelima F-35B (VSTOL) dan pada tahun ia memgambil keputusan untuk menambah perolehan itu sebanyak lapan buah lagi pesawat F-35B.

F-16 Singapura

 

Pesawat-pesawat F-35B yang akan mula diterima oleh Singapura pada tahun 2026 akan menggantikan F-16 yang mula digunakan oleh RSAF pada 1998 dan akan mula menjadi pesawat pejuang usang selepas tahun 2030-an.

Singapura memulakan usaha meningkatkan kemampuan pesawat-pesawat F-16 milikinya pada 2016 dan usaha itu berterusan sehingga kini.

Selain daripada radar AESA, pesawat-pesawat F-16 itu juga akan dilengkapi dengan Joint Helmet Mounted Cueing System (JHMCS), dimana juruterbang dilengkapi kemampuan “first-look, first-shoot” yang membolehkannya mensasarkan senjatanya ke arah sasaran hanya dengan menghalakan kepalanya ke arah sasaran itu.

Sistem JHMCS juga menyediakan pelbagai maklumat kepada juruterbang seperti altitude, jarak sasaran, kelajuan tanpa perlu melihat kepada kokpit semasa pertempuran di udara.

Dengan JHMCS, pesawat F-16 Singapura itu boleh diintergrasikan dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X serta peluru berpandu  GBU-38 Joint Direct Attack Munition (JDAM) dan GBU-39 Small Diameter Bomb.

Selain itu, pesawat F-16 dinaiktaraf Singapura itu juga akan mampu membawa dan melancarkan peluru berpandu GBU-49/50 Enhanced Paveway II Dual-Mode Guided Bombs dan CBU-105 Sensor-Fuzed weapon.

Pesawat F-16 Singapura

 

Baru-baru ini, Singapura juga mengesahkan bahawa pesawat pejuang F-16 yang dinaiktarafnya itu kini dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” itu dibangunkan oleh syarikat Rafael Advance Defense Systems.

Dikatakan sebagai salah satu peluru berpandu udara-ke-udara tercanggih dunia, peluru berpandu udara-ke-udara itu berupaya memusnahkan sasaran udara pada jarak 20km.

Penggunaan peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” oleh pesawat F-16 Singapura itu adalah dijangkakan atas faktor commonality kerana sistem pertahanan udara repubik itu juga menggunakan sistem “Spyder” yang menggunakan peluru berpandu “Python-5” dan “Derby”.

Python-5 adalah peluru berpandu dwi-kegunaan sama ada secara udara-ke-udara dan darat-ke-udara, selain mengintegrasikan imaging seeker, perisian moden,  advanced infrared counter-countermeasure (IRCCM) serta sistem kawalan penerbangan.

Berat keseluruhan peluru berpandu Python-5 adalah 105kg, dengan kemampuan membawa 11kg bahan peledak jenis “high explosive fragmentation” dilengkapi dengan fius “active laser proximity.”

Peluru berpandu Python-5

 

Dengan sistem persenjataan udara-ke-darat, pesawat-pesawat F-16 Singapura itu juga berkemampuan membedil sasaran dengan lebih tepat pada waktu siang dan malam menggunakan sistem persenjataan seperti  Laser Joint Direct Attack Munition

Selain itu, pesawat-pesawat pejuang F-16 Singapura yang dinaiktaraf juga dilengkapi dengan kemampuan Link-16 dan suite Peperangan Elektronik (EW).

Program menaiktaraf pesawat F-16C/D/D+ Singapura itu dilakukan oleh Lockheed Martin serta ST Engineering Aerospace.

Tentera Udara Singapura memiliki 62 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 52, dengan 14 daripada pesawat itu ditempatkan di Luke Air Force Base di Arizona, Amerika Syarikat manakala 48 buah pesawat ditempatkan di pangkalan udara dalam negara. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

F-16featuredNaik TarafSingapura
Comments (0)
Add Comment